
Tak habis-habis dengan isu fraud. Kalau ada la lagi orang percaya dengan email semacam ni saya pun tak tau la nak kata apa. Dulu email pishing dari Maybank2U atau Maybank 1 Malaysia, sekarang ni email pishing dari CIMB Clicks pulak.
Sekali lagi saya nak menyatakan bahawa jangan sesekali membuka link yang diberikan. Saya cuma mengingatkan je. Supaya tiada lagi sahabat-sahabat atau orang Malaysia ditipu. Kalau nak ambik ni sebagai pengajaran Alhamdulillah. Kalau tak nak ambik pun saya tak kesah.
Kadang-kadang kita perlu ingat mengingatkan. Kan manusia tu sifatnya pelupa. Mungkin saya ingat benda ni sekarang. Esok lusa mungkin lupa. Kalau terklik dan terkena sendiri mau ingat la ye.
Modus operandinya sama. Hantar email bagi tajuk kaw-kaw power punya. Lepastu disertakan sekali link untuk update security kununnya. Bila dah dapat curi id dan password siaplah dengan kehilangan wang. Masa tu nangis pun tak guna.
Cuba perhatikan tajuk email ni. Tajuknya power! tapi email sendernya menipu. Email yang biasa penjenayah ni buat untuk hantar email scam ni ialah perkhidmatan percuma AOL. Sebab tu biasanya sapa yang ada akaun AOL hantar email akan masuk ke spam folder. AOL dah sinonim dengan SCAM, SPAM.
p/s : Hati-hati dengan maklumat perbankan online kita.
saya yang takde akaun CIMB dan jugak takde talian persaudaraan ngan CIMB pun dapat email ni…
nampak sangat dia ni tipu. Mana la dia dapat email kita kan?
ada company yg jual pakej email blasting nih..dorg ada software utk kumpul email2..
huh..macam-macam sekarang. fraud merata-rata..
kita kena hati-hati tu.
dulu maybank skrg cimb plak… lps nie bsn kot..
bsn tak bebaloi nak wat pishing. Tak ramai yang guna online banking.