Assalammualaikum. Alhamdulillah kita dah betul-betul berada di penghujung 2013. Catatan terakhir ini diabadikan untuk mengimbas kembali suasana setahun berblogging.
Macam-macam ada dalam tahun yang sangat mencabar ni. Tahun depan dijangka lebih mencabar lagi suasananya.

Terima kasih kepada pengunjung baru yang mungkin tersesat ke sini mencari-cari maklumat. Tak lupa juga kepada pengunjung setia blog ni. Terima kasih daun keladi. Jangan serik datang lagi.

Lebih kurang sama je. Kira semua entry ni tak berat sebelah la kan. Semua orang tak kira lelaki ke, perempuan ke boleh terima. Anda memang terbaik. Nasib baik tak ada analisa untuk selain jenis makwa dan pakwe nih.

Dapatan dari graf kat atas ni, umur pengunjung antara 25-34 tahun. Apa yang boleh dipelajari ialah umur penulis mempengaruhi pembaca dalam kadar terus. Maknanya tulisan saya disukai oleh pembaca berumur sebaya atau kurang. Tahun depan mungkin kena tingkatkan lagi supaya pembaca berada dalam unjuran yang lebih sekata.

Sukan! Oh tidak. Saya tak suka bersukan. Tapi ada la juga sekali sekala aktiviti bersukan yang saya suka dan betul-betul obses. Strategi seterusnya ialah menambah koleksi artikel sukan lasak. Yeahhh..
2013 yang penuh warna warni ini terpaksa ditinggalkan. Kena hadapi pulak tahun depan yang entah ada umur lagi entah tidak. Insyallah hasil daripada analisa ni akan dijadikan asas penulisan yang lebih baik pada masa akan datang.
Terima kasih sahabat atas kunjungan dan sokongan selama ini.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca, insyallah akan dibalas.
Gendang gendut tali kecapi,
Jangan serik datang lagi.
Siapa kita dalam catatan masa lalu itu ialah sejarah. Apa yang lebih utama ialah apa yang akan kita tempuh. Mana yang salah maafkanlah. Maafkanlah. Supaya setiap kelumit kemarahan dan benci itu tak menjadi rantai yang mengikat kita untuk terus ada di takuk lama. Perjalanan kita jauh.
semua wat catatan akhir tahun ekk.
hahah… buat jangan tak buat. kot2 esok tak sempat bukak mata menulis.
Data ni semua diambil dari Google Analytics kan? Tak tahu pulak ada graf yang tunjukkan Interest Category. Nampak sangat yang saya ni malas nak explore Analytics. Hehe
Yup.. google analytic yang banyak membantu muhasabah diri dalam berblogging. rugi bro tak explore cukup2.
Hari ni penuh la catatan terakhir 2013 di alam blogger. Hehe
Kita tengok sapa punya catatan terakhir yang betul2 terakhir. kot esok tak ada lagi kat dunia ke..
Catatan yg bakal dikenang.
Moga blog cikguhairul.com terus maju berkongsi yang terbaik!
Insyallah dan mudah-mudahan. thanks bro atas doa.
sama-sama..kot-kot memang tersenarai dalam chart tu…hehe..selamat tahun baru
Sudah pasti la ema ada dalam statistik tu.. hahah Thanks banyak-banyak ema sebab jadi sebahagian dari statistik.
Lama betul tak check google analytics. Nak kena p check ni.
Selamat Tahun baru 2014.
Sila sila sila.. kot-kot tetiba ada kejutan pulak. Boleh jadi penambah semangat untuk berblog tahun 2014
Selamat meyambut tahun baru. Semoga lebih sukses lagi berblogging
Selamat tahun baru juga Bro.
yeah ada masa insha Allah pasti berkunjung lagi ๐
thanks bro. ๐
semoga terus maju utk 2014.InsyaAllah..keep it up ..!! ๐
Thanks FA. Moga FA juga success.
Bila la agaknya blog saya nak ada stat mcm ni. Nak kena usaha lebih lagi utk tahun 2014 nanti. ๐
Bukak je google analytic bor. Keluar la stat macam tu.
Pecah kaca pecah pinggan,
Terima kasih atas kunjungan…
Gendang gendut tali kecapi,
Malam ni tak tengok bunga api?
Sama-sam bro. Yup.. semalam tengok bunga api. Perhati juga Api dalam jiwa manusia yg tengah membara..
Semoga bertambah berjaya di tahun 2014.
In Sya Allah Malaysia Tercinta. Moga blog Malaysia Tercinta juga lebih success tahun mendatang. Sama-sama kita tingkatkan kualiti penulisan.
Macam-macam statistik boleh dapat dalam Google Analytics.
Yup GL.. Statistik untuk kita muhasabah diri. Walaupun ada jetpack statistik, tapi saya lebih suka guna dari google.
siap ada pakwe dan makwe lagi tu. haha..