Seminggu dua ni agak penat melayan kerenah hackers yang tak jemu menggodam server. Sedikit sebanyak blog ini kena tempiasnya. Blog ini down beberapa hari. Sekali lagi backup menjadi penyelamat. Terima kasih juga kepada Sealserver Team yang bertungkus lumus menolong. Akibatnya sitelink telah ditarik balik oleh google.
Ternyata peristiwa ngeri itu banyak mengajar kita erti berblogging. Peristiwa itu juga menjadikan saya tahu macam mana nak reset password blog wordpress melalui phpmyadmin dan juga emergency.php. Mudah nak curi password, dan semudah itu jugalah blog kita digodam kalau tiada apa-apa protection kita pasang.
Semua orang tak nafikan yang backup itu penting. Sepicisan mana pun blog kita, sapa tak bengang kalau tiba-tiba kita bukak keluar gambar ni.
Tapi sekali kita kena mungkin akan ingat sebulan dua. Bila dah lama tak kena, mulalah culas membuat backup. Dan pada waktu tu kalau blog digodam tepuk dahi dan menangis je la yang kita boleh buat.
Nah ni ada satu penyelesaian saya nak kongsikan. Buat backup di server awan. Dah banyak perkhidmatan yang seumpamanya diperkenalkan. Perkhidmatan yang ni datangnya dari Dropmysite. Sangat sesuai untuk mereka yang menyewa hosting kapasiti kecik. Segala backup diletakkan di server awan pihak penyedia perkhidmatan.
Apa yang menariknya, ia Dropmysite boleh melakukan tugasan secara automatik. Kita cuma set bila dan apa yang perlu dibackup je. Semuanya serahkan kepada mereka.
Sudah pastinya servis ni percuma. Storan yang diberikan pun cuma 2G. Cukuplah sekadar menyimpan data dari blog kita kan. Bila keadaan terdesak macam kes saya ni, takdela mengelabah.
Nasihat saya, buatlah backup paling kurang seminggu sekali. Kalau malas jom sama-sama gunakan khidmat Dropmysite untuk melakukan tugas-tugas ni dengan mudah. Selamat mencuba.
teknikalnya..terkial² nak memahaminya..
ada menang pakej hosting + domain dari server freak..tengah pertimbangkan 😉
Slow2 cikgu..
hihihi..betul la..terkial2 nak faham…takpa..slow2 jer..
rasanya blog Don tu akan buat backup secara automatik la.. x pasti pula. don guna serverfreak. apapun tq sebab berkongsi cara ni.
Biasanya pihak hosting memang menyediakan backup harian. Tapi tu dalam simpanan dia. Yg ni dlm simpanan kita.
inilah tak suka kalau blog kena hacked…hish..
Suka tak suka kita kena sentiasa sedia. Kadang2 bukan dia hack blog kita pun, dia hack server habis semua blog yg duduk dalam tu kena.kalau kita tak bersedia.. Hehehe paham2 je la.
Tak paham….kena belajar lagi topik ini gamaknya
Belajar sebelum kita dipaksa belajar. 🙂
klu kena diam jap..slu sy call pihak hosting tgokkan…huhu..
Kalau hosting mudah support ok la. Tapi…..
Sabar…mmg dugaan kena berehar jap dr dunia berblog hee…hrp skrg ni dh ok
Alhamdulillah semuanya dah ok.
Saya bila online akan backup. Akan cuba DMS ni. Terima kasih cikgu.
itulah yang sebainya. beringat sebelum kena.
lazaac guna plugin BackupBuddy utk WordPress… agak memudahkan jgak… cuma berbayar ckit la cikgu..
Lazaac, sebelum ni saya guna wp-batter-security untuk auto backup. . Tapi tetiba kena suspend ngan hosting. Alasannya banyak guna resource. Lepastu bila hosting kena deface barulah saya guna yg ni. Dah takut nak guna plugin macam tu. setakat ni plugin yg lazaac guna tu ok ke?
alhamdulillah setakat ni ok saja cikgu..ada fungsi full backup xpun backup data saje… leh wat schedule sekali.. mmg kalau plugin wp utk backup byk guna resource memory.. kalau kerap sgt, leh kena suspend hosting.. lazaac byk kali kena mcm tu.. last2 pakai VPS jer, selesai masalah.. :p
salah satu 5s yg perlu dibuat.. 🙂
yup, betul tu
memang semua kena buat ni
aku pun sedang cuba belajar nak buat
hoho..kena selalu wat backup maa..
buat auto backup..cuma nak pastikan biasanya bro kalau backup saiz file berapa besar eh?
Sekali backup ada la dalam 40MB
Assalam..
Bersabar la di atas dugaan yang menimpa..back up memang penting tapi selalu cuai nak buat..huhu..
Wslm, taknak cuai-cuai lagi la kak. Buat auto backup je.
Idea bagus… Sy backup dekat google drive je semua keseluruhan blog…
dropsite ni plugin ke?
Dropsite bukan plugin. Ia sebuah laman web.