Aku penggemar durian. Tak la sampai tahap hantu durian macam abang ipar dan adik ipar aku. Mereka tu satu bakul durian pun habis ngadap sorang. Setakat sebijik tu boleh la makan sorang.
Bila balik kampung banyak penjual durian tepi jalan. Minggu lepas tergoda dengan Musang King. Apalagi berenti la kat Karak beli durian Musang King. Sekilo RM22. Mak ai! Mahal tu. Disebabkan tak tahan godaan belila juga. Makan kat situ. Nak beli banyak bawak balik kampung mana mampu beb. Hehehe.
Lepas makan ada bau. Baru teringat ngan pehtua orang dulu. Nak hilangkan bau durian kat mulut dan tangan senang je. Kulit durian tu jangan dibuang. Selain buat bekas minuman bagi menyejukkan badan ia juga boleh menghilangkan bau durian kat tangan.
Mudah je, lalukan air mineral dalam kulit durian tu untuk basuh tangan. Bukan kat duri tu tau, tapi kat ruang buah yang dah kena baham tadi. Basuhla tangan dan mulut guna air yang lalu kat kulit durian tadi. Lepastu cuba cium tangan sendiri. Mesti bau tu dah hilang.
Pelik juga bila difikirkan semula. Tapi itulah kebenarannya. Cubalah ye. Kalau tak jadik boleh share ngan aku..
P/S : Kalau duit banyak beli je la durian Musang king tu untuk mak mentua. Kalau tak mampu bolehla basuhtangan guna pehtua ni. Demi menjaga hati ibu mertua.
yap..aku pun buat macam tu. Bapak aku ajar. Minum air dalam pangsa durian tu..boleh hilang bau durian kononnya..
memang berkesan bro.
owhh.. ye ke? bunyi macam takleh berapa nak pecaya jek..
takpe2.. sok aku beli durian (durian tembaga je) nak cuba test.. mcm best je experimen ni
terima kasih didahulukan kalau betul 🙂
percayalah pleaseee… hehhehehe
ok..ok.. nanti aku update kat sini kebenarannya.. tungguuu..
ok dah test.. durian tembaga jek.. bau ilang sikit la tp tak sepenuhnya.. maybe kena makan durian musang jugak kot baru power pangsa dia.. haha
pergh…ko makan tak ajak pun aku.hehe…
aku ada makan sebiji tahun lepas.tahun ni tak makan lagi…
makan masa mengidam ke? hehehe
wah saya taklah kaki makan durian sangat huhu.. makan camtu2 je..tak hardcore,, cepat panas badan pastu demam huhu
sama la. saya bantai jer. makan banyak2 kalau demam pun puas hati.
sebelum ilangkan jilat puas2 hihihihi..:)
owh.. baunya pun termasuk dalam harga yg mahal tu ye. bagi puas pau dulu. hehe
“Setakat sebijik tu boleh la makan sorang.”
Macam tak berapa betul jer statement ni. Diorang pernah hadap habis satu bonet kereta Datsun 120Y ler. Nasib baik takde Durian perisa Coklat.
sapa yang ganas sangat makan sebobet durian tuu? dasat-dasat
Masing-masing 6 orang tu ler. Yang bongsu tak join. Didominasi oleh geng tiga serangkai tu ler.