Smartphone ternyata menjimatkan bill telefon kita. Gunakan secara maksimum, pasti kita rasa penjimatannya tu. Oleh kerana tujuan utamanya untuk berhubung, saya cadangkan tools-tools yang perlu dipasang ke smartphone untuk membolehkan anda jimat ratusan ringgit.
5 Cara Berjimat Dengan Smartphone Cara Saya.
1. Guna pakej Digi atau UMobile
Setakat ini, Digi dan UMobile menawarkan pakej yang mantap untuk pengguna smartphone. Berbanding dengan Celcom dan Maxis, Digi dan UMobile lebih murah dan tak terikat dengan kontrak yang mengarut. Pakai plan prabayar pun ok.
Menariknya, kedua-dua talian ini menawarkan panggilan melangkau talian. Walaupun prabayar, panggilan tak terikat kepada sesama talian je.
2. Guna whatsapp
Smartphone tanpa whatsapp macam pincang je. Walaupun berbayar namun whatsapp sangat ringan. Penggunaan datanya juga sangat sedikit. Tak ada masalah la kalau data plan kita setakat 1G. Whatsapp dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1000 sms sebulan.
3. Guna wechat
Wechat pun tak kurang juga hebatnya. Mungkin pengaruh Lisa kot yang buat orang ramai terpengaruh. Bagi saya wechat lebih sikit dari segala hal terutama penggunaan data yang agak besar. Ini pun dapat menjimatkan bil sms.
Menariknya wechat ni, ia percuma. Cuma iklan je la bersepah. Iklan ni yang menyebabkan data kita bercucuran macam air.
Saya ada kongsikan berkenaan WeChat vs Whatsapp dalam entri lepas. Ada masa lapang boleh godek semula entry tu.
4. Guna Twitter
Guna twitter pun boleh berhubung. Syaratnya kena onkan notification. So sahabat yang nak chit-chat dengan kita boleh guna twitter je.
Saya tak berapa galakkan guna twitter sebagai alat komunikasi. Data yang digunakan dah tentu besar. Takut tak sampai hujung bulan dah habis kuota.
5. Guna Line
Line ni lebih kurang je dengan wechat. Kelebihannya Line boleh buat free call. Line tak kena bayar tapi iklan melambak-lambak. Kita tengok pun sakit mata. Boleh la cuba. Yang ni dapat menjimatkan bill panggilan. Maklumlah panggilan kalau pakai prepaid ni bapok la mahalnya.
Selain daripada 5 cara yang saya sarankan ni, ada banyak lagi yang boleh kita guna. Cuma mungkin tak ramai kawan-kawan yang guna. Kalau kita je yang guna, kawan lain tak guna tak jadi jugak.
Biasa tak dengar kawan-kawan cakap, smartphone kuat makan bateri? Maka disarankan untuk off la segala kemudahan yang ada dalam smartphone sehingga fungsinya sama macam Nokia 3310. Jangan terperdaya dengan mereka. Smartphone cepat abis bateri takpe, caj je la. Yang penting kita dapat jimatkan bil.
Apalah ertinya kalau guna smartphone, tapi masih bersikap ketinggalan zaman. Setia dengan perkhidmatan call dan sms konvesional yang mencekik darah tu. Yang dah install whatsapp, wechat, line dan viber, silalah gunakan semaksimum mungkin. Jangan harap je pasang, tapi data plan dioffkan. Serupa tak payah install. Kawan-kawan yang cuba hubungi langsung tak dapat. Bikin panas je.
Nak lagi jimat guna Wi-Fi. Lepas communicate dengan Twitter, Facebook, WeChat, Viber, WhatsApp dan segala bagai kemudahan sosial network. Hentak itu kuota sampai rapat. Hehehe…
Di rumah memang sesuai guna Wifi.. Kat luar?
Kena singgah McDonalds tap free WiFi kat situ.. Haha ๐
Takkan setiap kali nak sms kena cari wifi free. apapun baik la guna semaksimum mungkin daripada dok biar saja function tu terpadam di smartphone RM2500. Hehehe
kalau saya dalam berkomunikasi menggunakan kakao talk yang saya install di smartphone dan kadang pakai facebook chat nie khusus dengan teman2 sekolah dulu
terims sudah berbagi info
ok ke kak guna kakao talk? saya tengok promosi di tv hebat betul la. tapi belum cuba install lagi.
Saya masih guna nokia biasa2 jer..
kalau itu yang terbaik, tak pe. lagipun sms dan call konversional lebih effisien bila berada jauh dari liputan 3G
saya pengguna smartphone…semua yang free ada, siap buat for family lagi….jimat…tpai my hubby tak guna smartphone….tu yang pusing sikit…
Takpe, hubby kan selalu jumpa kat rumah. ๐
guna whatapps la murah, hehe
Murah dan jimat bandwith. saya suka..
dengan adanya laman sosial yang percuma macam whatsapp, wechat, tak payah la bersms lagi..tinggal bayaar duit bil telefon, aku pakai Digi, setakat ni terbaik, kelajuan mantap walaupun di kampung, hanya beberapa tempat je.
DiGi memang best. Setakat plan yang saya tengok, digi sangat mantop.
Nmpaknya, ambe manusia yg mmg ketinggalan zaman….hehee
mmg takde semua yg cikgu hairul sebut kat atas ni…. =)
belum ada peluang lagi nak beli smartphone.
Umobile thorbaikkkkk! Unlimited and coverage pun bersepah ๐
Bagi pengguna smartphone yg menggunakan plan data prepaid, better jgn on kan mobile data sentiasa. mungkin satu jam sekali baru onkan mobile data. Cuba dan tgk perbezaannya.
Tak praktikal cam tu bro. Kalau saya, saya akan pilih mana yg perlu sentiasa on dengan data. Yg lain offkan la. Lagi satu offkan juga app yg nak refresh auto di background.
mcm mne nk off sesetgh apps yg guna data?
Kalau guna android, gi ke setting- data usage. Kat situ kita tick restricted background data app yg kita taknak dia beroperasi masa guna data. Maknanya kalau guna wifi app akan berfungsi macam biasa.
Pakai Prepaid Hotlink dengan internet asas tu boleh gak. Lagi praktikal rasanya. masa nak internet laju, nak download ke apa baru beli pakej sehari tu. Kalau guna terlebih kuota, cuma akan slow semula. Tak potong kredit.
***Pakej Hotlink dengan INTERNET ASAS SAHAJA***
saya pakai umobile prepaid. skang langgan umi18 sebulan so RM18 sebulan. tapi just on data untuk whatsapp je. dapat free 250 mb pun tak pakai. rasa rugi sebab kalo nak bertenet, guna laptop je.. ada tak data sebulan kurang dari 18. Just utk wassap je. lagi pula RM20 top up, aktif selama 20 hari je. Dulu RM10 valid 30 hari.
Kalau macam tu, plan paling sesuai #Hotlink la. Free internet forever. Cuma topup bagi aktif je.