Masa jari-jemari kita rancak menari atas keyboard, terjadilah typo. Cepat-cepat tangan kanan meninggalkan baris JKL; untuk menekan backspace buat pembetulan. Dan cepat-cepat balik ke posisi JKL; semula. Itulah rutinnya bila menulis di komputer. Menekan backspace menjadikan masa menulis banyak terbazir untuk pembetulan.
Ada masanya terfikir juga, mengapalah bijak benar engineer yang reka keyboard ni letak backspace tu jauh di belakang penjuru kanan keyboard… Kan elok kalau letak jer backspace tu di belakang monitor terus… Dah alang nak melambatkan orang kan…Tak gitu?
Sebijak-bijak engineer keyboard, apa kurangnya engineer perisian… Masalah tadi ada penawarnya.
Kalau kita jarang-jarang atau tak biasa menulis dengan semua huruf BESAR, apa salahnya setkan saja Caps Lock yang di sebelah huruf A tu jadi backspace. Lebih praktikal dan efisyen. Tangan tak perlu dialih jauh. Kelajuan membetulkan typo sama laju dengan menulis. Dan terserlah kebijakan di situ.
Untuk perenggan yang perlu ditulis dengan semua HURUF BESAR tu, tulis saja dengan huruf kecil. Kemudian guna menu CHANGE CASE untuk besarkannya.
Dalam Linux, buka Settings. Terus ke settings Keyboard Layout dan setkan Caps Lock behaviour as Backspace.
Dalam Windows, feature ni boleh dapat dari colemak.com Selepas selesai download, unzip fail setup. Buka folder i386 dan run program Caps to Backspace.
Itu aje. Adapun customize utk kemudahan rutin menulis lebih berfaedah berbanding customize tukar wallpaper dan themes.
Selamat bertukar.
Boleh cuba ni.. TQ sharing..
Sama-sama