Saya sedih melihat fenomena sekarang. Ramai bermulut celupar umpama tiada iman. Fahaman politik yang berbeza dijadikan satu alasan untuk saling cerca mencerca. Bukan sahaja berbeza pandangan politik, berbeza pendapat berkenaan isu remeh temeh pun mula caci maki.
Dia kata sipulan jahat, sipulan kata dia penyangak. Saling tuduh menuduh. Kata-kata yang dikeluarkan pulak bukan tahap yang boleh diterima oleh Allah. Jauh terpesong dari ajaran Islam.
Adakah Rasulullah pernah mengajar umatnya mencerca sedemikian rupa? Sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini, dalam sejarah kerasulan Nabi Muhammad, tak pernah pun Baginda memaki orang.
Cuba imbau kembali macam mana Rasulullah menerima segala tekanan dari Orang Yahudi. Sedikit pun Baginda tak mencarut. Dia Rasulullah yang Maksum pun tak buat macam tu, inikan pula kita. Sikit-sikit nak maki. Dahlah banyak dosa, tambah pulak dosa mencaci sesama Muslim. Bila nak mohon maaf?
Saya selalu memerhati di setiap gambar yang ditag oleh kawan-kawan di facebook. Saya juga suka baca komen-komen setiap isu di akhbar-akhbar online. Sahlah bahawa orang kita taksub membabi buta. Langsung taknak dengar penjelasan orang. Langsung tidak menerima kemafaan orang. Anggap diri sendiri betul dan semua orang salah.
Dalam komen-komen kita, banyak yang menggunakan perkataan kotor lagi tidak bermanafaat. Cacian dan makian umpama sudah sebati dalam jiwa. Tiada lagi kata-kata indah dan penuh hikmah dalam kehidupan seharian. Semuanya telah terpesong. Jauh dari ajaran Islam sebenar.
Marilah bangsaku! Ikutlah ajaran sebenar Rasulullah. Berkata-katalah dengan perkataan yang baik. Ingatlah bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Sebab pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa.
Bila jari lebih pantas dari akal fikiran itulah jadinya..
Jari pun lebih tajam dari pedang sekarang ni. Mulut dengan kata-kata, jari dengan tulisannya.
Dua anggota, penyumbang fitnah yg makin bermaharajalela
ade juga yg gambarnya berserban..tp byk perkongsian fitnah..caci maki..
sedih juga rasanya
Kadang2 malu bila bangsa lain komen tentang sikap orang Islam yang lebih celupar dari yang lain..
Mereka taknak belajar dari Rasulullah. Ibarat nila setitik habis susu sebelanga.
Abang aku pernah cakap satu benda ni.
Pendakwah sekarang mmg dah cukup bagus dalam berdakwah, cuma kurang bijak bila tinggalkan teknik dakwah Nabi yang hebat yakni “bil hikmah”.
Setuju…
Alhamdulillah..
setiap bangsa ada yang jenis perangai macam ni, tak perlu nak malu dengan bangsa lain, sebab diorang pun lebih kurang je.. asalkan kita tak camtu, cukuplah.
Betul tu bro. Kita orang Malaysia kebanyakkannya macam tu.
tu lah. susah nak cakap. nama islam. akhlak entah kemana
Akhlaknya dibuang ke tepi sawah.
bab caci mencaci-mencaci ni takkan habis rasanya. dari selepas pilihanraya hinggalah pilihanraya yg baru. lepas tu sambung balik.
terlalu banyak masa yg dihabiskan utk itu, adakah boleh menjana ekonomi, tentulah tidak.
sokong cikgulah.
saya pun sokong ๐
yela..byk isu lain yg boleh diperjuangkan..mecari titik sentuh amatlah sukar jika masing2 menegakkan perbezaan..
xtau nak kata..tu yg terjadi bila suara lantang dikeluarkan…
Boleh melantangkan suara, tapi kena cara yang betul supaya orang dengar. Jangan jadi anjing menyalak bukit.
Sebab tu jugak Nabi ada pesan, diam itu lebih baik ๐
sokong cikgulah jugak…hehe
Standardlah manusia … heheheh ๐
Ini Mesti kes buat banner dalam keadaan beremosi ni..hehehe
Meluahkan kebencian sampai tak fikir apa-apa. Main buat je.
Mcam yg bang benjy cakap kat atas, standard manusia…tp yg sedihnya, mana akhlak kita yg mengaku ISLAM?
Apakah kita nak letak standard kita sama semuanya? Tak gitu Cikgu?
setuju…
nk bangkang ada caranyer…
buat tuduhan perlu diiringi bukti…
kita sbg rakyat, adakal byk perkara tidak kita ketahui.
Kalau kena dengan caranya, takkan jadi seburuk ini politik dunia.
semua tu berlaku hanya kerana nak kan kuasa..itu aje sebabnya tak da lain…
Nakkan kuasa dan tiada ilmu yang cukup.
teruk betul mereka nih
Teruk dan perlu diperbaiki..
sampai bila-bila pun takkan habis selagi ada mulut dan tangan untuk bersuara..
Insyallah jika semua orang jadi baik takde la berlaku lagi.
Inilah yang orang kata akhir zaman. Mulut ni memang banyak peribahasanya. Sedangkan fitnah lagi besar dosanya dari membunuh.
Masyarakat sekarang punya banyak masa untuk mencari salah orang dari memperbaiki silap sendiri..dah habes keje nak buat,buat la part time kutuk2 orang…
Tambah dosa yang dah berbakul. Masih tak cukup dengan dosa mengulor tempat kerja.
Salam tuan, saya amat tersentuh dengan penulisan ini.
Fenomena caci maki ini bukan saja merugikan kita rakyat Malaysia, tapi Islam itu sendiri.
Para pendakwah berhempas pulas berdakwah dengan hikmah, dengan akhlak, adab.
Tapi dikhianati oleh golongan muslim sendiri.
Bercaci maki ini amatlah rugi.
Tapi ramai yg selesa bahkan seronok bercaci maki.
Mungkin sebab iblis curah gula merah dilidah, sedap saja mencerca sesama sendiri.
satu penulisan yg bagus.tapi jgn sampai jadi berat sebelah…harus adil….gambar tu sepatutnya tunjukkan jenis2 makian dari kedua2 belah pihak…