Doa adalah senjata bagi orang Islam. Kekuatan doa memang tak ada siapa yang mampu mempertikai. Namun, bagi yang selalu berdoa dan Allah perkenan, hati-hati dengan situasi itu.

Dua perasaan ini tak dapat lari dari menghantui jiwa manusia yang telah dimustajabkan doanya.
1. Merasa kagum dengan kehebatan Allah.
2. Merasa bangga dengan kehebatan diri sendiri.
Bagi mereka yang merasa kehebatan Allah yang mampu memenuhi permintaan hambaNya, Alhamdulillah.. Memang itu sifat Allah. Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya.
Namun bagi yang merasa bangga dengan kehebatan diri sendiri, itu sudah parah! Kadang-kadang kita merasa hebat dengan doa kita.
Hakikatnya semua perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah. Doa yang kita lakukan pun Allah dah tentukan. Berbetulan dengan ketetuanNya Doa yang dipinta, maka perkara yang dipinta pun berlaku.
Memang sukar nak faham benda ni. Cuma satu je yang perlu kita ingat. Kalau kita tak berdoa, dan Allah dah tentukan ia berlaku kepada kita, maka ia akan terjadi. Begitulah juga sesuatu perkara itu takkan terjadi kepada kita walaupun hari-hari kita doa mintak kepada Allah kalau Allah dah tentukan ia takkan terjadi kepada kita.
Akhirnya… Apa perlunya Doa?
Doa itu ibadah. Allah suka orang yang berdoa. Orang yang berdoa dapat Pahala. Tugas kita sebagai Hamba, berdoa dan mintaklah bersungguh-sungguh.
Terpulanglah kepada Allah samada Dia nak bagi atau tidak. Allah lebih tahu keperluan kita daripada diri kita sendiri. Mana yang dapat kita syukur, mana yang tak dapat kita syukur juga. Bukankah apa yang Allah telah tentukan itu memang terbaik buat kita?
lakukan doa dalam hati baik kata semasa mendengar azan, setelah selesai solat. Banyak cara kaedah boleh berdoa cuma orang kita sahaja yang malas
Kalau penyakit malas tu dah datang, memang tak boleh buat apa la kak suri.. Takkan nak jadi macam pahat. Sekali ketuk, sekali jalan.
masalahnya..orang kita ni berdoa pun malas..
Kasi ketok kepala la bagi dia rajin. Takde cara lain dah kot.
berdoa dan memohon yang baik baik…
In sya Allah.
Ada masa kita tak beryukur ketika Allah memakbulkan doa kita kerana sangkakan ia adalah atas usaha kita kan..tapi betul cikgu, kalau kita dah usaha tapi Allah tak nak bagi, tetap ia tak berlakukan..salam hujung minggu!!!
Sama2 kita perbanyakkan doa…doa senjata kita…thanks cikgu peringat..alhamdulillah
doa itu ibadah
kita dapat pahala kerana sentiasa ingat Allah
Ahli tasawwuf sampai tahap malu untuk meminta dengan Allah. Apa lagi yang kita nak sedangkan Allah dah bagi cukup banyak…kalau kita menyedari…
Peringkat itu mungkin perbahasan tentang doa itu berbeza dengan kita yang biasa2 ni. Nak sampai ke tahap tu….. Entah bila agaknya. Istikomah dalam beramal sudah pasti. Bila cermin diri, macam jauh je lagi.