Masalah loading time blog yang macam siput kadang-kadang buat kita hilang sabar. Berjanggut menunggu. Sebelum ni saya pelik bila loading time blog saya berbeza mengunakan tools berbeza. Lama juga saya tercari-cari jawapan. Testing demi testing dibuat untuk memastikan loading time blog ini mencapai di bawah 5saat. Kenapa nak bawah 5saat? Sebabnya saya tak suka menunggu. Pembaca pun dah tentu tak suka menunggu.
Bosan dengan kelembapan blog saya sebelum ni, saya membuat keputusan menukar theme. Setelah dikaji rupa-rupanya theme yang saya guna sebelum ini iaitu indomagz tersangatlah beratnya. Walaupun ianya adalah theme berbayar tapi setelah setahun saya guna ada sedikit kekecewaan dalam hati. Blog jadi berat dan lambat loading macam siput.
Masa mencari-cari theme di internet terjumpa theme percuma dari MagPress. Theme ni tak nampak simple. Tapi warnanya amat menarik mata saya. Warna purple yang memang menjadi kegemaran saya betul-betul menambat hati.
Untuk setting dan segala bagai automasi, saya mengambil masa sehari suntuk. Semalam godek-godek theme ni sampai lupa nak makan. Oleh kerana defult theme ini bersaiz agak besar, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan untuk menampakkan ia comel secomel penulisnya.
Saya masih mengekalkan konsep Magazine untuk blog ini. Plugin-plugin yang ada pun saya masih gunakan. Pendek kata saya cuma bertukar kulit je. Isi perut tetap sama.
Ada satu penambahan fungsi share di sebelah kiri tu. Boleh share artikel yang saya tulis di google buzz, facebook dan twitter.
Selamat membaca. Saya harap theme ini tak menyakitkan mata kalian. Kalau ada apa-apa komen jangan malu jangan segan tulis kat bawah ni ye.
Memang theme ini rame jugak yang pake pak. Ada beda pak loading time theme lama dengan theme yang ini.
Betul tu cikgu saya pun belum timbang lagi blog baru saya ni..byk lagi yg tak siap..
timbang? berapa kilo dapat? hehehehe. takpe slow-slow kayuh
hehehe nak kurang dari 5 seconds…1 gram lah kira…
Salam En Khairul Saya juga suka warna ungu. Utk blog encik ni, kalau dapat dicairkan sedikit warna ungu ni, lebih lembut…~Sekadar cadangan. Teruslah menulis @ berblog. T.kasih
terima kasih atas cadangan. tapi saya tak tau camno nak cairkan sikit warna tu.. hehehe
pakai thinner kot cikgu.heee
ops! Maaf, salah eja nama: En. Hairul. Maaf, x sengaja.
betul la tu namanya. tak de salah pun.
theme yang kemas.cantik!laju cikit nak load 🙂
macam tu la..
theme sy pun guna magpress.. 🙂 free & berbaloi kan…
Memang free. Bro nak blaja sikit, camna nak letak iklan kat bawah post n nak letak tumbnail kat entry tu? puas menggodek theme ni.. hehee
iklan nuffnang ke ckgu? klu thumbnail, ckgu ekot tuto nie.. http://rilekslah.com/thumbnail-recent-post/
wah mcm berminat je dgn theme ni..terpikat dgn warna dia yg menarik..mula2 tergoda lepas tgk blog mr rileks…
ke thumbnail utk setiap post ckgu?
iklan nuffnang kat setiap entry.
sy ada emel ckgu kod yg perlu di paste sebelum iklan nuffnang tu, sy paste kat komen, kod tu x jd…
saya dah dapat email tu. Tima kasih mr rileks.
tema ni lawa
boleh download. free jer ni. cuma kena edit sikit2 la.