Sibuk sana-sini nak boikot McD. Kunun sebab untuk mengajar Israel. Sekarang dah agak senyap. NGo-NGo yang giat mempromosi Boikot Produk Israel senyap sunyi. Mungkin juga Israel sudah kalah. Sebab tu la diam.
Berilah peluang rakyat Ghaza syahid. Mati mereka bukan sia-sia. Mati mereka mati yang mulia. Yelah… mati menentang kekejaman dan pencerobohan Israel kan satu jihad.
Tetapi yang ni mungkin jihad yang sangat besar buat kita. Jihad memastikan mereka benar-benar mati syahid bukan mati katak.
Orang kata, makan di McDonalds umpama memberi sebutir peluru kepada Israel. Itu yang korang percaya dan anggap sebagai benar. Kenapa tak berfikiran positif?
Bila orang makan kat McD, ada mulut-mulut longkang kata mereka itu pembunuh. Bunuh saudara seislam mereka di Ghaza. Kenapa tak berfikir sebaliknya? Setiap ringgit kita belanjakan di McD, menjamin seorang Syahid di Ghaza.
Apa macam? Nak makan di McDonald tak? Bukan kita jadi pembunuh tapi kita jadi orang penyebab kematian yang mulia.
Kadang-kadang berfikir jauh sikit daripada kebiasaan orang berfikir akan melahirkan idea gila. Ada juga orang yang gila berfikir sampai tahap macam ni. Emmmm.. Tak tau la nak cakap apa lagi.
Salam. Saya sendiri secara personal ada terlibat dengan kempen2 boikot dan kesedaran kekejaman Zionis.
Sebenarnya kempen begini tak pernah diam. Di dalam komuniti kita ada pelbagai NGO dan NGI yang sentiasa mendokong kempen sebegini.
Tetapi kita sebagai rakyat biasa, yang terumbang ambing dengan ombak trending media. Mudah membuat hipotesis awal bahawa musim Gaza telah lenyap.
Kerana kita disajikan dimedia mainstream dan alternatif dengan distraction. Menunjukkan bahawa dunia kini sudah mengalih tumpuan kepada kepada isu lain.
Padahal, NGO dan NGI berkaitan Gaza ini masih bergerak, walaupun tanpa sinar liputan media. Mereka tanpa lelah keluar berdakwah menyedarkan masyarakat dengan pelbagai cara.
Oleh itu, untuk kita mengatakan bahawa kelenyapan NGO dan NGI mendokong isu Gaza adalah sedikit dikesali kerana dibimbangi ianya berlaku atas dasar ketidakprihatinan kita sendiri.
Mohon mencadang.
satuju dengan pendapat nie…..
smpai skrg belum makan mc d.. slow slow boikot.
alhamdulillah.. tahniah sebab masih ingat kat penderitaan palsetin.
Bila semua situasi diterbalikkan, logiknya memang ada – “Apa macam? Nak makan di McDonald tak? Bukan kita jadi pembunuh tapi kita jadi orang penyebab kematian yang mulia.”
reverse psikology. ramai yang tak berapa faham sebenarnya gaya penulisan camni.
Kalau terlibat dalam NGO, barulah dapat tahu mereka aktif ke tidak. Yang pasang surut adalah orang-orang biasa di Facebook, mereka je sekejap bising sekejap senyap.
Bagi aku, mengenai McD ini, kita nak boikot boleh, tetapi sebelum ia masuk buat pertama kali di Malaysia. Masa tu kita tidak mengharapkan mereka untuk mengajikan beribu-ribu rakyat kita.
Tetapi sekarang McD telah menjadi ekonomi kita, ramai yang sesuap nasi bergantung kepada kerjanya di McD, jangan kata “banyak lagi kerja lain” kerana masih ramai yang menganggur.
Nak boikot, boikot sebelum ia dimasukan, bukan boikot semasa ia menajdi teras ekonomi, susah kat kita juga nanti. Cara terbaik untuk boikot adalah mencipta alternatif, dan menjadikan kita tidak perlu mengharap kepada meraka untuk mengajikan ribuan rakyat kita sendiri.
Boikot dengan cara yang cukup halus.. makan makanan tempatan dan beramal soleh setiap masa. solat jemaah jangan tinggalkan, insyallah kita berjaya.
macam dah senyap sikit pasal boikot boikot ni
Sebenarnya tak senyap kak.. Masih berjalan dan giat terlaksana. Cuma media je yang tak hebohkan macam masa serangan Israel ke atas Ghaza haritu.
makan cendol lagi sedap apa..
yeahhh.. cendol tapai ubi pun mengiurkan jugak. alternatif mcd.
bagi saya..bergantung juga pada kerajaan kita ni..
aik.. kerajaan juga yang terkait.. emmm