Bismillahhirrahmanirrahim.
Aktiviti tikus di rumah mak saya ni dah semakin galak beberapa bulan kebelakangan ni. Almari, pakaian, buku dan barangan tupperware di rumah habis jadi mangsa.
Tak tahan dengan tu saya selongkar stor dan dapatkan perangkap tikus. Tapi sasaran semalaman seekor jadi lah. Kalau ikutkan kekerapan perangkap mengena, tak tidur malam lah jawabnya. Boleh dapat berpuluh ekor.
Dah dapat tangkap tikus tak tahu pula nak buat apa. Nak bunuh tak sampai hati. Setelah lama menung dapat satu idea. Rumah mak ni selalu diziarahi seekor kucing putih. Lembab sikit sifatnya. Nak tangkap tikus berlari akan jadi macam Tom And Jerry lah. Boleh sakit saja didajalkan dek tikus tu.
Saya selamkan tikus tu dengan perangkapnya sekali dalam tong air belakang rumah tu. Sebaik saja tikus tu lemas, saya angkat naik dan keluarkan dari sangkar. Tikus tu masih hidup, belum mati lagi. Kalau bagi CPR boleh diselamatkan lagi. Seperti yang dirancang, saya tak buatlah CPR tu… Hehehe… tapi kucing putih yang selalu datang tu dah standby awal lagi. Sebaik saja tikus tadi bergolek keluar dari perangkap, kucing tadi terus beri bantuan CPR yang diperlukan.
Jadi selamatlah tikus tadi dari mati lemas. ..
Selesai kerja saya.
fuhh..pandai kucing tu buat cpr yek.
Kucing tu dulu mungkin pernah jadi ahli Bulan Sabit Merah kut… hehehe
wow.. cpr gaya kucing..
Dunia dah maju… 🙂
Macam mana lah agaknya gaya kucing kasi CPR ke tikus… Hehehe…
Berdasarkan kejadian tu, kucing tu beri bantuan CPR dengan menggigit leher mangsa ala-ala drakula. hehehe…
Emm tu lah kan bro..saya pun rasa tak sanggp gak nak bunuh tikus ni dengan cara melemaskannya..tapi lemaskan juga..apa kan daya…
Berdasarkan kejadian tu, kucing tu beri bantuan CPR dengan menggigit leher mangsa ala-ala drakula. hehehe…
nampaknya, kenalah cari kucing yg lebih tangkas =)
Dah lama tak bela kucing. Harap kucing liar yang sesat jalan tu sajalah beri makan. Dia tidur di mana pun tak tahu.
nampaknya kucing dapat rezeki yang mudah!
Makin malas kucing tu nanti! 😀
Rasanya kucing tu memang something wrong, sebab letak ikan goreng tepi dia pun selalunya tak perasan. Kena tunjuk baru dia tahu. Deria hidu dia macam tune tak berapa cantik. Hmmm…