
Bulan Ramadhan adalah bulan paling dituntut untuk bersedekah. Sehari seringgit pun tak apa. Atas jalan sambil kita drive pun boleh bersedekah. Sudah semakin ramai peminta sedekah berkeliaran.
Manusia yang melihat peminta sedekah sekurang-kurangnya ada empat tanggapan.
- Takde kerja lain nak buat ke? Asik meminta-minta je. Tengok orangnya cukup sifat.
- Ini mesti kerja sendiket. Baik aku buat bodo je. Kalau bagi duit pun orang lain yang untung.
- Mana la anak beranak orang ni? Kesian dia, takkan tak ada yang nak menolong.
- Kesian dia. Mungkin dia kena buang kerja sampai merempat macam ni. Mungkin dia lebih baik dari aku yang bekerja siang dan malam.
Apa pandangan kita pulak? Apa pun tanggapan kita, ingatlah rezeki yang kita dapat sebahagiannya hak orang. Allah jadikan rezeki kita sesuai dengan apa yang kita perlu. Hayati hadith yang saya cedok ini:
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Ada seorang laki-laki berkata: ‘Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.’
Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orang-orang pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah. Maka laki-laki itu berdoa: ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi.’
Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orang-orang pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya. Maka laki-laki itu pun berkata: ‘Ya Allah, Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.’
Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orang-orang pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Laki-laki yang bersedekah itu pun berujar: ‘Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’
Kemudian laki-laki itu didatangi malaikat seraya berkata: ‘Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.'”
(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247)
Terpulanglah kepada kita samada nak merebut ganjaran pahala atau biarkan sahaja ia pergi.
tgk lintasan pertama, kalau nak bagi, bagilah.. kalau tak, macam2 leh fikir..
Memang semua bergantung kepada hati yang terletaknya iman kita..
serba salah kdg2
nak pandang tp kalo x sedekah
rasa x baik plk
Akan hilang rasa serba salah tu bila setiap kali kita ada kat tempat tu, dan setiap kali itu lah juga orang sama yang meminta sedekah. Saya pernah terbaca satu hadith orang yang sering meminta2 (menjadikan meminta sedekah sebagai pekerjaan) haram bagi kita beri. Entah la.. hadith tu pun saya terjumpa je. Tak kaji lanjut kesahihannya.
Yap. Tak salah mempercayai mereka 🙂
Ikut syariat memang tak salah.. bila cerita soal hakikat.. fuhhh kena fikirkan semula.
Sedekahlah apa salahnya..
memang tak salah. malahan digalakkan kalau dia benar-benar memerlukan.
Memandang. Aku memandang dia sampai terpandang aku.
pandanglah sementara masih mampu memandang.
tak perlu panjang2 nak fikir
ikut kata hati je
ikut kata hati mati.. hahaha.
ada mata kena teliti juga.
Tipu ke sendiket ke…biar Dia sj yg menjatuhkan hukum. Kita sedaya mungkin perlu berfikir ke arah positif di samping redhakan hati utk terus bersedekah
murahnya rezki bila kita bersedekah tidak mengira sesiapa
Beri saja tanpa kita fikir siapa mereka =)
lagipun kita sedekah kerana Allah…ameen
bersedekah dan lupakan…cara terbaik untuk bersedekah..
Dulu peminta sedekah tu dipandang hina. Sekarang ni ramai yang dah start jadikan peminta sedekah itu sebagai satu kerjaya. Sebulan boleh dapat lebih RM5K, kerja duduk jer tadah tong kosong. Tengoklah kat bazaar Ramadhan kat mana-mana, semakin banyak yang datang ke malaysia ni semata-mata bekerja meminta sedekah.
Sikap kita yang suka menderma telah diambil kesempatan. Kesin kat kita… sampaikan ada jabatan kerjaan merayu supaya kita berhati2 bila nak menderma. Takut terkena kat org yg macam tu la.