Gegaran itu datang lagi.. Dahsyat…
Membawa pergi segala apa yang ada,
Ke alam lain yang dijanji Pencipta,
Dasyatnya kemusnahan,
Tak siapa mampu menahan,
Masing-masing lari bertaburan,
Menyelamatkan diri tak berhaluan,
Ibu… Ayah.. Kawan.. Teman..
Semua dah tak heran,
Yang tinggal cumalah amalan.
Apakah amalan yang kita ada?
Cukupkah bekalan untuk mengadapNya?
Bergunung dosa berbanding pahala..
Menyesal pun tiada guna.
Andai semalam kiamat..
Adakah kita selamat?
Dengan dosa yang bertingkat-tingkat,
Mencaci musuh dan sahabat,
Tak kenal erti laknat,
Dari Pecncipta alam Akhirat.
Andai semalam kiamat,
Mampukah kita terima syafaat,
Dari insan mulia bernama Muhammad,
Kalau di dunia kita tak ingat,
Solat pun sekerat kerat,
Harta pun tak di zakat,
Harta orang juga dirembat,
Akhirnya kita merempat,
Tersungkur di Akhirat…
beringat sebelum tak selamat…
baru ketuk ketuk kecil kiat sudah haru biru…
Ketuk kecil, goyangnya pun kecil.. Semoga kesedarannya besar..
Assalam…
Allah selalu bagi peringatan tapi masih ada lagi yang tak insaf…
Kalau Allah bagi ingatan pun tak insaf, tak boleh nak kata apa lagi dah.
selalu sediakn payung sebelum hujan…hehe…kena bykkan amalan sebelum dtgnya hari pembalasan..
Betul tu bro..
Andai semalam kiamat.. tiada apa lagi yang boleh disesalkan…
Terima je la balasan. Dakwa dakwi la masatu.
kiamat tu pasti datang. Tinggal tunggu aje..
Tak perlu ditunggu sangat. Cuma bersedia je.
andai semalam kiamat
aku dah tak online malam ni
moga aku mendapat rahmat
dan juga keampunan dari Illahi
terbaik komen ni …. macam kebetulan je kan ayat2 tu 😀
Yup..
mmg kalau semalam benar2 berlaku, mungkin ramai yg akan dapat balasannya, baik atau buruk.. kita?? fikir2kan lah..
tima kasih utk peringatan ni,..
Sama-sama la kita ingat mengingatkan. Kalau tak kita siapa lagi.
mujur lah kan..x de tsunami cam tahun 2004..mujur belum kiamat kerana terasa amalan yang ada belum cukup untuk dibawa ke sana..
Ingat mata takut rasa. Dosa bertimbun-timbun. Time wak dosa tak ingat pula mati. Haiya.. Rapuhnya hati ini dengan dugaan dunia…