Dulu masa mula menulis blog, saya rajin mencari maklumat bagaimana menulis boleh mendatangkan duit. Salah satu cara ialah dengan menyertai program google adsense. Khatam pelajaran asas ilmu adsense, saya setup akaun adsense dan mula letakkan dalam blog-blog yang saya tulis.
Alhamdulillah, walaupun income tidaklah selebat mana, boleh juga menampung kos hosting dan domain. Seronok tak terkata masa dapat payment pertama. Mana taknya, bayaran guna USD.
Sudah lama saya tidak update ilmu adsense sampailah saya terima satu email amaran dari google. Saya telah dikatakan melanggar terma dan syarat sebab terdapat perkataan luc**.
Puaslah saya semak semula entry yang dimaksudkan. Hangin! Itu cumalah sebuah entry nasihat yang di dalamnya terdapat perkataan jub*q. Sepotong ayat seorang ustazah menerima pertanyaan dari muridnya.
Saya rasa macam nak balas balik je email tu suruh orang melayu translate dan bagi paham kat depa. Tapi bila baca balik terma dan syarat, rupa-rupanya apa-apa perkataan, ayat, lawak, video, gambar atau apa-apa sahaja yang diklasifikasikan sebagai luc** oleh google, tidak dibenarkan dimasukkan di dalam sesebuah entry blog.
Itulah, bila robot yang bodoh bekerja, tiada nilai kemanusiaan akan diambil kira dalam membuat penilaian dan mengambil tindakan. Sebab itulah kita menulis untuk manusia baca, tapi kena ambilkira bagaimana robot google menilai.
Okeh google team, saya padam la entry tu. Jangan deactivate account adsense saya. Nanti saya belanja awak minum teh kedai mamak ye.
Hahahah… Google ada bagi list untuk words yg blacklist tu tak? Contoh “aleuto” termasuk tak dalam list tu?
tak ada pulak. aleutoo boleh la tersenarai. hehe
Alahai robot… entah dia faham ke tidak konteks ayat yang dia analize tu ye.
Sure lah dia tak faham. Tu yg rasa macam nak suruh team google baca dan paham tu.
Adsense.. biasalah. Company besar. Kita nak dia, kena ikut apa yang dia nak. Pernah kena banned dah dulu. Nasib baik pujuk rayu diterima. hahaha
banyak kali jugak kena warning, tapi pasal lain.. terpaksalah adjust apa yang di tak berkenan..
Oklah setakat warning. Kalau deactivate akaun lagi teruk..
Dorang nak senang sebab tu guna robot je untuk check isi kandungan blog.
Mujur juga tak diactivate..
belanja teh kedai mamak? diorang tekak pizza cikgu hehe
Takpe, sekali sekala kena ajak juga kena teh..
ohh, ingat ke amaran apa tadi. bila robot bekerja, cenggitu la jadinya.
Amaran pun kena ambik action juga. Tak pasal2 kena deactivate account nanti. Nyesal tak sudah.
Pandai pulak robot google translate cakap utagha yaaaaa….. haha
Robot tu banyak belajar. Salah satu tpt dia belajar melalui google translate. Banyak perbendaharaan kata sang google skrg ni.
Sampai begitu sekali dia boleh detect ya bagus2
robot tu skema sgt..hehe
perlu berhati-hati dengan robot google selepas ini.
Leceh betul deal dengan Google Adsense ni
Cuma satu perkataan pun blh kena amaran? Google semakin bertindak terlalu lebih. Polisi mereka juga semakin ketat.
Ye cuma satu perkataan tu je. Tak adil kan? Huhuhu
alamak memang macam tu ke? ada jugak terselit dalam entry nasihat jugak dalam blog ni.. tp tunggu dia bg warning je la dulu.. hehehe
Selagi takde warning ok.