Azam baru saya dalam dunia blogging adalah membaca kesemua entri dalam sesebuah blog yang saya minat. Alang-alang baca, biarlah sampai katam.
Baca dan mengenali tulisan sesorang blogger adalah satu kepuasan. Untung-untung dapat ilmu dari blogger tu. Tak pun jadi sahabat maya pun kira ok la. Bolehla menambah rangkaian lagi.
Dah membaca semua artikel, kalau kena dengan tajuk boleh la mengomen seayat dua. Tak rugi pun.
Sebelum ni, saya cuma membaca mana-mana tajuk yang berkenan di hati je. Dengan azam baru ni insyallah semua artikel akan diselongkar. Lagi best, sapa-sapa yang sudi berkongsi link dengan saya akan dikunjungi paling kurang seminggu sekali. Tu pun kalau blog tu diupdate. Kalau tak update cuma datang jenguk je.
Macam mana saya nak tau sesuatu blog tu dah update? Saya akan masukkan rss dalam rss reader saya. So mana-mana yang update hari tu terus saya terjah.
Alang-alang membaca, biar sampai ke huruf terakhir..
yup, betul tu… drpd baca tajuk jer baik baca smp hbs.. ๐
Mari kita selongkar blog kengkawan.. hehehe
Kalau blogger tu sekali sekala tulis bahasa jerman campur telugu…. Cemana? Hehehe
Kalau bahasa tak difahami kan ada fungsi alihbahasa yang google sediakan. Amacam? ada bran ke baca blog berbahasa telegu?
nak baca blog kena ada jadual baru steady…
betul tu. biasanya hujung minggu baru baca semua sekali. saya ada buat checklist blog yang patut dikunjungi. kalau dah habis semua entri dibaca saya tandakan dah baca.
hehe itulah yg cuba saya buat selalunya.baca blog2 yang dah dibookmarked..jenis saya baca blog,macam baca buku.dah baca entri terbaru,pi godek entri lama kejap..jadi lama masa untuk setiap persinggahan tu..kadang2 ada blog yang terlepas pandang.rasa bersalah pulak ๐
bagus2.. nanti kalau ada pertandingan selongkar blog senang la sikit kan.
haha pertandingan itu pun ada ? ๐
yeah…baca entri kengkawan mesti baca sampai habis.meh bagi aku baca entri ko.hehe…
sila sila sila..
hehe saya ni jenis silent reader ajer,, kalo ada mood baru komen hehe
tu la.. sama la kita. kalau kena dengan tajuk dan rasa nak tinggal jejak komen la seayat dua.