Ahli Sunnah Waljamaah
Bismillahhirrahmanirrahim.
Saya selalu dihukum masuk neraka oleh MANUSIA. Mungkin kerana bahasa saya agak sulit untuk dicerna. Namun untuk menyatakan sesuatu saya perlu berbicara.
Berpecah kepada 73 firqah, yang sampai hanya satu. Siapa? Ahli Sunnah Waljamaah. Siapa pula Ahli Sunnah Waljamaah? Di Malaysia kita masing-masing claim kitalah Ahli Sunnah Waljamaah. Jom kita semak.
1. Dari golongan marhaen yang cuma tahu mengucap dan baca basmallah sahaja hinggalah orang tertinggi dalam JAKIM, guru-guru pondok dan pemakai kopiah putih semua mengaku Ahli Sunnah Waljamaah.
2. Ahli Sunnah ialah yang mengikut sunnah. Tapi sunnah mana yang kita ikut? Sunnah Nabi atau sunnah babi? Kita jawab sendiri. Kita ikut perbuatan nabi atau perbuatan babi. Adab dan tatacara kehidupan. Ada yang leka menghukum orang itu orang ini masuk neraka.
3. Adakah kita berjemaah. Berjemaah bukan hanya sempit dalam perkara solat dan perbincangan dalam suatu permasalahan tapi lebih dari itu. Berjemaah ialah ikut belakang Rasulullah. Bukan memandai sendiri.
4. Ada puak yang buat hukum ikut pandai sendiri. Bukan dari apa yang Rasulullah ajar. Dia nak jalan depan Rasulullah, atau jalan lain dari Rasulullah untuk lebih cepat sampai.
5. Belajar tinggi sikit dah mula kata, “Aku sendirian aku.” Bila kita mengucap syahadah, Muhammad Rasulullah. Dia tanya kita balik, “Muhammad yang mana satu?” Bila berhujah maka selalu dia jawab, “Faham hang sampai tang tu ja, Allah buka untuk hang sampai situ saja.” Orang macam ni claim dia berjemaah. Macam tu ikut belakang Rasulullah? Kalau nak jalan “aku sendirian aku” maka samalah dengan Gautama Buddha yang jalan sendirian mencari tuhan.
6. Ada puak yang claim sebagai Ahli Sunnah Waljamaah walaupun duit zakat yang diamanahkan untuk diagihkan dijadikannya bangunan untuk disewa. Asnaf turun naik minta bantuan, mengemis di koridor, tidur dijalanan pun dikatanya tak layak.
7. Diberi amanah pegang kunci masjid. Dia tutup rapat-rapat, balik tidur di rumah. Musafir tidur di tepi bus stand berbumbungkan langit berlantaikan kerikil.
8. Isu rokok dan babi pun ikut cara sendiri. Dari pemikiran yang Rasullulah tak ajar. Dengan pelbagai alasan dan “tapi”. Isu kebebasan dan kawalan juga sama.
9. Dalam kalut ada peraturan (peraturan sendiri), peraturan cipta kekalutan (musibah). Dimana pula kau berdiri (pendirian)?
Sama-samalah kita bertanya adakah kita mengikut sunnah Rasulullah dan berjemaah ikut belakang Rasulullah? Atau kita punya peraturan sendiri, jalan ikut suka hati sendiri. Asal boleh…
silap guru memang buruk akibatnya
moga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar
Mudaratnya tak tercapai dek akal.
kadang orang berilmu ditipu juga oleh ilmunya sendiri atau disebabkan pentaksub dirinya. Allah sahaja yang membolak balikkan hati.
Hati tu macam tapak tangan, mudah saja dibolak-balikkan.
Adat manusia. bila kita senang, ada yang tak suka. Bila kita susah, ada yang mengata
tapi, walau kita tak tahu di mana, pasti ada orang yang berfikiran positif, yg tak judge a book by its cover. orang x suka kat kita, ramai lagi yg masih sayang
apa2 masalah pun, yakinlah Allah mahu kita bersabar supaya hari esok nanti, kebaikan yg kita dapat
Tawakkaltu alallah. Pulang balik semuanya kepada Allah.
okeh.
ini memang deep dan tajam.
Kalau ulama mutaqaddimin, apa yang dikatakan iqtiqad ahli sunnah wal jamaah itu adalah percaya bahawa Allah itu satu dengan hati perkataan dan perbuatan. walau diugut pancung sekalipun tetapi mengatakan Tiada Tuhan selain Allah. Juga turut mempercayai bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.
Iqtiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah ini tidak terlalu keras berdenting dan tidak terlalu lembut melendut. Contoh iqtikad Qadariah dan Jabariah. Iqtiqad Qadarian percaya bahawa segala yang berlaku itu datang dari usaha sendiri dan tidak. itu dah bersalahan dengan hukum akal. Iqtiqad Jabariah hanya berserah kepada takdir dan perancangan Allah tanpa ada usaha dan ikhtiar. Itu pun sama. Kalau Ahli Sunnah Wal Jamah, usaha dan ikhtiar kena ada untuk terus maju keahadapan tetapi dengan bantuan dan perancangan Allah. Pergerakan kita di atas muka bumi ini semunya adalah atas kekuasaan yang dipinjamkan sementara waktu.
Dalam kehidupan seharian, hukum feqah yang memainkan peranan dalam menentukan hala tuju seorang yang bergelar islam. ahli Sunnah Wal Jamah adalah kepercayaan hati (Hakikat) dan bukan Syariat. Sesiapa yang belajar sifat 20 yang wajib bagi Allah mesti akan tau. Wallahua’lam…
Terima kasih tuan. Penerangan yang jelas dan mudah difahami.
manusia begitulah. dengan ilmu tak menjadikan kita lebih tinggi, tp akhlak yang membezakan kita dengan orang lain. sikap melabel pun tak boleh, menghukum lagilah tak boleh.
budaya melabel n menghukum, juga rasa “houlier than thou” ternyata masih sangat `pekat` dalam masyarakat kita. mudah-mudahan kita terhindar daripada berbuat yang serupa…
kerana mereka mereka yang berlagak pandailah…ramai orang miskin ditindas…
yang sepatutnya dapat wang ehsan tak dapat..
yang sepatutnya dapat rumah bantuan tak dapat…
sangat kasihan..
banyak kes mcm nie berlaku..
tapi apa boleh buat??
Seperti juga makan. Perbuatan kita makan itulah usaha (tentunya dengan izin dan kehendak Allah lah jua). Samada sampai ke perut atau termuntah selepas itu dalam tawakal, apa nak jadi atas kehendak Allah lah jua.
Dalam kehidupan seharian usaha dan tawakal itu berserta. Kita bergerak, yang mana gerak itu milik Allah lah jua. Dalam Sifat 20 semua telah jelas. Pegang dan pulang dalam gerak yang sama.