Tekanan semakin memuncak. Bil Astro dah naik. Harga gula dah naik. Harga minyak akan naik dan naik. Bil elektrik pulak bakal dinaikkan lagi. Terbaru, tambang LRT juga bakal dinaikkan. Kesan domino dari kenaikkan minyak tempoh hari akan dirasai tak lama lagi. Sudahkah kita bersedia?
Satu demi satu tekanan yang muncul kepada masyarakat. Nak duduk diam sambil goyang kaki? Nak terus menerus menyalahkan orang lain? Jangan jadi BODOH..
Bertindak sekarang!
2 Cara Sempoi Tangani Tekanan
PERTAMA, kurangkan perbelanjaan.
Berhenti beli barang-barang yang tidak perlu. Kawal nafsu berbelanja. Makan pun kena kawal jugak. Jangan asal jumpa, main belasah je. Cukup bulan, poket kosong perut yang ke depan.
Jaga duit masuk dengan baik setiap bulan supaya kita tidak tercekik. Mana-mana bil yang tak berkenaan sila buat perkiraan semula. Bil telefon, elektrik, Astro, Internet dan bil air kena kaji semula. Tak perlu, sila terminate sekarang. Usah bertangguh sampai berjanggut.
KEDUA… “Tambah Harta”
Tambah harta bermaksud:
1) Tambah pendapatan.
2) Mempunyai pelbagai saluran duit masuk poket.
Cara cepat untuk tambah harta adalah buat bisnes part time. Nak kerja di rumah pun boleh, nak kerja di luar rumah pun boleh. Tapi buat apa susah-susah nak keluar rumah kalau dari rumah pun boleh buat duit.
Jangan cepat percaya dengan propa 4D, Duduk Diam Dapat Duit. Cerita muhong memang senang orang nak percaya. Kaji selidik dulu kerja part time yang nak dibuat. Jangan sampai terjebak dengan skim cepat kayap.
Sempoi kan cara tu? Kalau tak mampu buat yang kedua, sila buat yang pertama. Tapi kalau hanya mampu buat yang kedua, itu memang tak berguna. Banyak yang masuk, banyak juga yang keluar. Sampai bila pun akan stress.
Langkah pertama seperti yang dinyatakan iaitu kawal perbelanjaan tu lah yang paling mustahak. Selagi kita tak kawal nafsu belanja tu, selagi tu bajet kita tak akan cukup.
kawal nafsu tu yg paling susah. dah la kita ni nafsu besar kan.. 🙂
Tahun depan kena belanja di bawah kemampuan dengan sentiasa mencari jalan menambah pendapatan.
tak payah tunggu tahun depan. mula dari sekarang. kalau masih menunggu, terlambat nanti menyesal bro.
nampaknya ada kesan positif juga dengan kenaikan harga barang ni
positif yang dibuat-buat. takde positifnya la bro.
pilih cara no.2
tambah harta.
hehe..
Kerja di rumah pun masih perlukan privasi.
Kalau duk turas minyak pun anak berangkai berlari keliling kita cemana nak buat kerja…
Kalau masa buat suntingan video anak duk atas riba cemana nak fokus…
Kalau camtu layan blog dan facebook jer la saja yang dapat dibuat…
Tunggu diorang lena dulu.