Buat duit dengan blog? Sesuatu yang sukar. (ikut pengalaman aku la). Aku baca dalam blog earncent.com hari-hari update dapat payment. Naik jeles aku.. Tergerak hati nak mencuba adsense. Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya ini langkah pertama. Belajar dari sahabat-sahabat blogger semua. Alhamdulillah, surat dari google dah sampai. Langkah seterusnya cari idea tulis entri untuk mencari trafik. Semangat ni tengok kawan-kawan punya income riban-riban sebulan. Harap-haraplah aku istikomah.. … [Read more...]
Macam Mana Nak Keluar?
lihatlah sikap pemandu ini. Suka-suka menghalang kereta orang. Rupanya bukan sikap pemandu malaysia ni buruk di jalan raya malahan di tempat parking pun buruk juga. Meletakkan kereta tanpa menggunakan akal yang waras. Ish macam mana orang kata rakyat Malaysia ni kaya dengan adap sopan dan sopan santun? Gambar di atas jadi bukti. Bukan setakat itu saja, tampalan lepas pun boleh dijadikan bukti. Habis tu kalau parking macam tu gaya, macam mana orang nak keluarkan kereta? Antara saranan rakan-rakan … [Read more...]
Sekitar Majlis Konvokesyen 47 UTM 23-26 September 2011
Belum terlambat untuk aku kongsikan kegembiraan aku dua minggu lepas. Bukan tak nak kongsikan majlis gilang gemilang yang tak mungkin dapat aku lupakan tu, tapi memandangkan aku tak ada camera so gambar-gambar kenangan tu terpaksa aku tunggu dari sahabat-sahabat yang ada camera besar gedabak. Aku bersyukur sebab majlis konvokesyen itu berjalan dengan lancar. Tiada rusuhan dan tiada kekacauan. Majlis bermula pada hari Jumaat 23 Sept 2011 iaitu Majlis Penyampaian Anugerah. Aku bersyukur sangat … [Read more...]
Tercapai Sudah Satu Impian
Pernah satu ketika aku dihina dek pencapaian akademik yang tak membanggakan sesiapa. "Dia" lari meninggalkan diri ini lantaran CGPA Diplomanya melebihi aku. Terhina yang amat sangat. Derita itu bertukar menjadi dendam positif. Aku simpan satu azam dan semangat baru. Aku mesti tebus kegagalan lampau. Cerita 5 tahun lalu itu mengamit kembali memori ini. Seketika aku menghela nafas panjang. Masih terasa peritnya saat itu. Air mata tumpah ibarat hujan dimusim tengkujuh. Tapi aku seorang lelaki... Tak … [Read more...]
Cara Nak Curi Password Wifi
Aku terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh tynt berkenaan keyword digunakan untuk tiba di blog ini. Blog ini bukanlah blog teknologi komputer. Tapi ini cumalah secebis bingkisan dari hati. Pelik juga macam mana orang yang mencari cara nak curi wifi sampai ke blog ni. Belek punya belek, rupanya ada satu artikel aku berkenaan rakan facebook yang menjual produk wifi booster. Wifi booster ni disertakan sekali perisian mendekod password wifi. Bukan aku sokong, tapi aku persoalkan kewajarannya … [Read more...]
Yuran Percuma Jangan Jadikan Alasan Untuk Tidak Berkualiti
Bajet oh bajet. Perkara yang aku tunggu-tunggu bajet semalam ialah peruntukan untuk sektor pendidikan. Wahaa! Banyak tuu.. Paling menarik ialah pengecualian yuran untuk sekolah rendah dan menengah. Tahun depan mak bapak dah tak payah fikir pasal yuran sekolah. Anak-anak boleh masuk sekolah kerajaan secara percuma! Betulkah percuma? Ye! Memang percuma macam yang PM kita cakap semalam. "tak ada kos terselindung?" Entahlah, aku pun tak pasti lagi. Sejarah tahun-tahun terdahulu boleh menceritakan … [Read more...]
Panggilan Percuma Guna Viber di iPad 2.
Kan best kalau ramai member-member guna viber. Apa itu viber? Viber ialah satu perisian untuk telefon mudah alih iPhone dan Android. Ia membolehkan panggilan dan teks pesanan ringkas dibuat dengan percuma. Syaratnya mestilah ada sambungan internet samada 3G atau wifi. Aku tercari-cari jawapan pada persoalan yang bersarang di benak. Adakah viber boleh digunakan di iPad 2? Jawapannya adalah boleh. Macam mana nak buat? Install macam biasa ke iPad anda. Untuk pengaktifan, gunakan nombor telefon … [Read more...]
Suksess Dalam Perjuangan PMR 2011
Tiada kata lain yang sesuai diucapkan melainkan didoakan agar murid-murid yang sedang menghadapi PMR hari ini dapat menjawab dengan tenang. Segala usaha selama tiga tahun digunakan dengan sebaiknya untuk meraih kejayaan. Awal tahun dulu masa kamu main-main dalam bengkel cikgu marah-marah bukannya sebab tak sayang kamu. Sebabnya cikgu taknak tengok kamu dimain-mainkan oleh soalan PMR hari ini. Dalam kelas cikgu ketuk tangan kamu sebab main baling-baling kertas bukan sebab cikgu benci kamu, tapi … [Read more...]
Sudah Bubarkah Parlimen Malaysia?
Sudah bubarkah parlimen Malaysia? Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Cari di gooogle pun tiada satu berita yang menceritakan pembubaran parlimen Malaysia. Tapi aku sangat pelik. Kempen politik semakin terasa. Diperingkat nasional, negeri malahan di peringkat setempat semua cerita politik. Seolah-olah pilihanraya minggu depan. TV dan radio semua kempen politik. Nak cari berita kejayaan negara cukup susah. Semua kakitangan awam sebok berkempen. Menteri-menteri sebok berkempen di sekolah, … [Read more...]
Kewajipan Haji Cuma Sekali
Menunaikan ibadah, Di Tanah Suci Mekah.... Penerbangan pertama dah berlepas. Ramai bakal mak Hajjah dan Pak Haji akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Sedarkah kita bahawa kewajipan menunaikan fardu haji itu cumalah sekali seumur hidup? Kalau dah pernah buat ibadah tu maknanya kita dah tak wajib lagi. Sekali je... faham tak makna sekali? Sekali tu maknanya bukan dua, bukan tiga malahan bukan berkali-kali. Wahai orang yang banyak duit aka kaya dunia. Berhati perutlah sikit... Berilah peluang … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- …
- 92
- Next Page »