Ranking, ranking dan ranking. Balik-balik cerita bab ranking. Mula-mula berblogging memang aku tak hirau sangat pasal ranking blog ni. Tapi bila tengok rakan-rakan blogger mampu berada di ranking 10k ke bawah dan ranking alexa bawah 100 di Malaysia, aku mula cemburu. Macam-macam tips blogging terbaik aku baca dan bandingkan. Selama setahun belajar tips terbaik sedikit demi sedikit menampakkan hasilnya. Blog ini pernah duduk di tangga 700k. Itu pun lepas bertungkus lumus mendapatkan ilmu dari … [Read more...]
Travelog Cuti-Cuti Malaysia Bukit Tinggi 7 Januari 2012
Aku mulakan Cuti-cuti Malaysia tahun 2012 seawal 7 Januari. Memandangkan masa cuti sekolah macam tak cukup, hujung minggu yang tak sibuk macam ni aku takkan lepaskan peluang pergi bercuti. Dah lama teringin nak ke sini. Walaupun tiap kali balik kampung lalu kawasan ni tapi kesempatan untuk singgah tak ada. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi tak sampai 45 minit. Dari Lebuhraya Karak terus masuk susur Berjaya Hill Resort melalui jalan kecik yang agak berliku. Sampai-samapi je kat sana … [Read more...]
Kenapa Nak Berubah?
Kita satu bangsa yang kuat. Bangsa yang tak mudah dipesongkan. Cuma satu je yang bangsa kita mudah... Bangsa kita mudah berasimilasi. Berasimilasi bukan bermakna kita terikut-ikut atau terpengaruh. Berasimilasi bermaksud mengadaptasi mengikut acuan kita sendiri. Menyesuaikan budaya orang luar dengan budaya kita adalah kepakaran kita. Lihat sahaja pakaian kita, cara makan kita, pertuturan kita dan tulisan kita. Banyak budaya asing telah diasimilasikan. Alhamdulillah... Akidah kita tidak terpesong. … [Read more...]
Rumah Baru Aku
Secara rasminya blog ini telah berpindah dari hosting lama ke hosting baru. Pengalaman ngeri di hosting lama sangat-sangat buat aku trauma. Bayangkanlah setiap minggu mesti ada sekali atau dua blog akan down. Customer service juga buatkan aku bertambah sakit jiwa. Sedar tak sedar domain ni rupanya dah berusia setahun setengah. Aku sudah berblogging stat dari tahun 2001 bermula dengan platform blogspot. Sampailah sekarang sudah 4 hosting yang aku cuba. Semuanya ada mimpi ngeri. Harap-harap rumah … [Read more...]
Heppy New Year 2012
Heppy New Year 2012 to all my friend. Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua sahabat-sahabat saiber yang sudi berkunjung ke sini --->>macam ada orang baca je heheheh. Harapan aku semoga tahun ni akan lebih berjaya lagi dari tahun lepas. Hari pertama tahun 2012 yang masih segar ni ramai yang tanam azam baru. Macam-macam azam direncana. Buatnya entah lah.. kalau aku ditanya apa azam baru tahun ni? jawapannya tak ada! Betul tu.. setiap azam yang terdetik di hati aku terus je buat. Taknak la … [Read more...]
Hantar SMS Dari Komputer Percuma
Kos sms kalau dapat dikurangkan pun cantik juga. Tak banyak, sikit pun jadik la. Kos sms telco di Malaysia ni rata-rata dari satu sen sampailah ke 30sen per sms. Bayangkan berapa banyak kena keluar duit kalau sehari kita hantar 50 sms? Aku baru terjumpa satu perkhidmatan kacak menghantar sms dari komputer ke handset. Sangat kacak kerana ianya free aka percuma seluruh Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh Cypearl Sdn. Bhd. Kelebihan utamanya ialah boleh hantar bulk sms dan shedule … [Read more...]
Travelog Cuti-Cuti Malaysia 2011
Cuti sekolah dah hampir habis. Alhamdulillah misi percutian kali ini untuk merapatkan ikatan persaudaraan yang dilihat semakin longgar telah berjaya. Kembara dari Kedah ke Johor telah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan aku. Aktivitinya dua dalam satu. Kebetulan dua orang sepupu sebelah aku dan isteri berkahwin. Majlis perkahwinan dan juga perjumpaan sanak saudara. Wow! sangat meriah. 11 Disember aku ke Utara bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri. Sambil-sambil tu keesokan harinya … [Read more...]
Tahniah.. Tahniah.. Dan Tahniah
Semua menarik nafas lega. Keputusan PMR dah dapat. Murid-murid dah lega. Debaran sejak semalam juga dah berakhir. Mereka yang berjaya pastinya senyum lebar. Tidur pun sambil senyum. Mereka yang gagal jangan putus asa. Perjalanan masih jauh. Cikgu juga dah boleh menarik nafas lega. Tenang dalam percutian yang berbaki beberapa hari je lagi. Ingat tau minggu depan semua dah stat pegi sekolah. Jangan nak ngelat atau buat-buat lupa. Baik murid, baik cikgu semuanya ku ucapkan tahniah, tahniah dan … [Read more...]
Cuma Sebuah Egois..
Apa yang mampu aku Komen dengan penolakan SBPA oleh CUPEC ianya cuma sebuah egois. Ego yang tinggi sebuah persatuan yang dikatakan membela pekerja sektor awam. Cuba tengok semula 5 asas penolakan yang dibuat. Kebanyakkannya adalah berdasarkan kepada sebuah ego. Kenapa tidak meletakkan diri di tempat majikan? Cuba jadi seorang majikan yang bertanggungjawab. Adakah seorang majikan bertanggungjawab akan menindas pekerjanya? Sudah pasti tidak! Apa yang cuba dibuat perubahan jelas menampakkan … [Read more...]
Jangan Mudah Tergadai
Musim pilihan raya dah nak dekat. Tengoklah sana sini, jalanraya yang masih elok diturap. Para pemimpin datang majlis perkahwinan rakyat jelata. Orang tua dan sakit dilawati pemimpin tertinggi. Rakyat dari pemimpin sampailah ke budak sekolah dapat durian runtuh. Tak ketinggalan juga program-program yang dikatakan untuk rakyat banyak dianjurkan. Media-media sibuk memperlekehkan orang itu dan orang ini. Habis cerita dalam spenda pun keluar. Baik kawan baik lawan, hantam menghantam macam dah tak … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- …
- 92
- Next Page »