Selepas temuduga minggu lepas, hati dan otak jadi tidak tenang. Pengalaman saya minggu lepas temuduga di Institut Latihan Kecemerlangan Mara sangat menguji kemampuan mental dan fizikal. Letih.. inilah temuduga paling lama saya hadiri. Temuduga dari pukul 7 pagi sampai 5 petang. Perjalanan ke ILKM pun sangat mencabar. Peta, Google Maps dan GPS langsung tak membantu untuk sampai ke tempat temuduga. Nasib baik abang ipar saya tinggal dekat-dekat dengan ILKM. Saya percaya, ramai lagi yang nak mencari … [Read more...]
Mestilah takut
Berapa ramai anak murid cikgu yang ambik UPSR tahun ni? Saya tanya seorang cikgu. Ada la lebih kurang 500 orang. Uih ramai tu.. saya agak terkejut dengan jawapan dia. Cikgu tak takut ke? Errr.. itu soalan cepu cemas. Mana mungkin tidak takut. Segala penat lelah setahun dinilai hari ini. Baik keputusan sekolah, baiklah reputasi cikgu. Begitulah sebaliknya. Tadah telinga, kentalkan jiwa. Ketaq lutut cikgu sewaktu keputusan peperiksaan diumumkan memang fenomena biasa. Kadang-kadang cikgu pulak yang … [Read more...]
Pakcik Kaya
Kalau betul bagai diterima, saya akan jadi kaya sekelip mata. Mudahnya orang nak transfer duit banyak tu. Kemungkinan ditipu sangat tinggi. Bila terpedaya dengan membalas email seperti ini siap bagi butiran yang diminta, alamatnya bukan kita jadi kaya, kayap adalah. Paling tak boleh blah, tengok pada email Western Union yang diberi. Cuma guna yahoo? Takkanlah company sehebat itu cuma menggunakan email percuma untuk semua urusan. Nampak beno menipunya. Hati-hati kalau dapat email macam ni. Sudah … [Read more...]
Fakta siput babi yang perlu kita tahu
1. Nama saintifiknya ialah Achatina fulica, berasal dari Afrika. Dibawa ke India oleh para penyangak. Lalu siput ini membiak dengan banyaknya sampai ke negara tropika. 2. Siput babi bukan spesis babi hutan. Namanya dikaitkan dengan babi kerana sifatnya yang suka merosakkan tanaman, sama macam babi. 3. Tidak perlu samak barangan atau anggota badan yang terkena siput babi. Ia bukan sejenis najis mukhalazah. 4. Ia haiwan yang tiada jantina. Ada dua anus. Bolehla dikatakan khunsa. Tapi konform bukan … [Read more...]
Persediaan menentang Israel
Gaza dibedil oleh tentera Zionis. Saudara Islam kita di Gaza sedang menderita. Ramai di kalangan kita tak sedar pun. Sibuk dengan kemewahan, pemberian dari Allah di bumi bertuah ini. Takkan tidak ada rasa apa-apa walau sedikit pun? Nak membantah, adakah caranya? Boikot produk Yahudi, rasanya ramai yang tak mampu menahan nafsu. Nak pergi ke Gaza, serang Israel, mereka kentut pun kita dah lari lintang pukang. Kita tak mampu buat apa-apa? Sebenarnya banyak perkara boleh kita buat. Cadangan dari … [Read more...]
Cerita korea berhantu
Cerita korea memang ada badi tersendiri. Sekali tengok pasti akan ketagih. Dulu saya terjebak dengan cerita Love Story in Harvard. Entah macam mana saya boleh terjebak, saya pun kurang pasti. Apa yang pasti cerita-cerita korea ni berhantu. Masa zaman muda-muda la katakan. Cerita indah macam ni dah tentu jadi kegilaan. Sekarang sekali lagi terjebak dengan cerita The Great Doctor. Mula-mula tengok cerita ni biasa-biasa je. Bila dah lama tengok jadi macam orang gila pun ada. Setiap hari menunggu … [Read more...]
Taman Botani Putrajaya destinasi cuti minggu pertama
Awal cuti sekolah agak sibuk dengan segala macam urusan yang tak selesai. Setelah selesai semuanya, mulalah melangkah mencari destinasi release tension. Ingat nak balik kampung, tapi mak dengan adik-adik dari kampung bertandang ke rumah. Mak kata rindu kat anaknya.. Masa mak bercuti sangat terhad. Sempat sehari je di KL. Sehari itu harus dimanafaatkan sebaiknya. Saya bawak keluarga ke Taman Botani Putrajaya. Berpandukan GPS (N02 56.730' E101 41.694') kami redah jalan yang basah. Hujan sepanjang … [Read more...]
Perancangan cuti sekolah, apa aktiviti anak-anak?
Hari ini hari terakhir persekolahan. Suasana suram, sepi, tak bising macam biasa. Saya dapat rasakannya pagi tadi semasa menghantar isteri ke sekolah. Sebilangan besar murid sudah bercuti awal, seperti sekolah ini ibu dan bapa mereka yang punya. Mujur saya belum posting lagi. Kalau sudah, dah tentu saya akan dipersalahkan kerana tidak berjaya mengurangkan kadar ponteng sekolah. Lebih-lebih lagi selepas waktu peperiksaan dan hujung-hujung musim persekolahan seperti ini. Esok atau lebih tepatnya … [Read more...]
Apa bukti kita Melayu?
Siapa melayu? Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura. 1. Beragama Islam. Cukupkah dengan beragama islam? Cuba semak semula carahidup kita. Apa yang islamnya? Bagus kalau kalian sudah mengamalkan semua ajaran Nabi Muhammad. Kalau belum dan … [Read more...]
Bukan kali pertama
Bila tengok titan update bayaran apa-apa program yang disertainya, rasa cemburu pun ada. Cemburu positif. Pastinya ini bukan kali pertama. Alhamdulillah. Semoga yang lain akan menyusul. Untuk itu strategi dan usaha perlu dipertingkatkan. Motivasi yang kuat dari rakan-rakan blogger yang sering beri tips, tunjuk screen shot pendapatan dari hasil blogging dan cerita-cerita program buat duit yang disertai menambah lagi semangat. Korang bukan riak.. korang penambah semangat. Biarlah orang nak … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- …
- 92
- Next Page »