P1 Wimax terkenal dengan iklan berdegar-degarnya. Perasan bagus! Saya saja nak mencuba perkhidmatannya selepas beberapa tahun melupakannya. Sana-sini orang dok promot macam nak runtuh dunia, nak tau juga macam mana bestnya guna P1 sekarang ni. Pengalaman ngeri dengan P1 dulu cepat-cepat dibuang jauh-jauh. Bersangka baik, lalu saya nekad menggunakan Plan P1 To Go. Dengan harapan ia sudah berubah. Berbekalkan modem P1 To Go bewarna hitam ni, saya cuba menambah nilai. Maklumlah dah lama tak guna, … [Read more...]
Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa
Lokasi kejadian, Perumahan Elit Bukit Setiawangsa. Tak pasti bila kejadian berlaku. Saya perasan masa hantar isteri ke sekolah melalui DUKE. Malam tadi ada juga terbaca tweet seorang kawan, tapi macam biasa saya cuma abaikan. Kelihatan sebuah rumah banglow runtuh separuh. Tebing bukit di bawahnya juga runtuh. Mungkin akibat hujan yang kerap melonggarkan struktur tanah. Harap-harap tiada korban jiwa. Beringat sebelum kena. Perumahan di lereng bukit kena lebih berhati-hati. … [Read more...]
Lebih baik selesaikan hutang daripada menyimpan
Zaman sekarang ni setiap orang tak terlepas dari bebanan hutang. Ada yang sangat setia membayar dan tak kurang juga liat nak membayar. Di antara menyimpan dan melangsaikan hutang mana satu menjadi keutamaan? Contoh la kita ada hutang kad kredit RM3000 dan duit cash juga RM3000. Kita sedang berkira-kira nak membuat pelaburan. Mungkin ramai yang akan memilih membuat pelaburan. Saya pun pada mulanya memilih membuat simpanan di ASB. Setelah saya membaca beberapa buah buku panduan mengurus keewangan … [Read more...]
Whatsapp kena bayar?
Sudah setahun saya menggunakan whatsapp untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat. Selain daripada ia percuma, ia sebuah multiphone message chat. Tidak seperti BBM dan iMessage yang cuma boleh digunakan pada peranti Blackbery dan Apple je. 13 February 2013 genap setahun penggunaan saya. Saya baru perasan pagi tadi ada satu popup message semasa membuka Whatsapp. Message itu meminta saya membayar USD 0.99 setahun untuk menggunakan whatsapp. Bila saya semak status account, rupanya saya menggunakan … [Read more...]
Bertukar Kerjaya
Sepanjang kita bekerja, berapa kali sudah bertukar kerja? Saya pernah dengar seorang kawan yang bertukar kerja hampir setiap tahun. Macam manalah hidupnya? Inilah orang yang dianggap berani. Berani membuat perubahan. Dari sudut yang lain, perbuatan bertukar-tukar kerja ini tak elok. Majikan dan bakal majikan melihat dia tiada kesetiaan. Dari sudut positifnya, seseorang yang suka bertukar kerja akan menjadikannya seorang yang multiskill. Itu pun kalau dia ambil peluang belajar dan memahirkan diri … [Read more...]
Begini akhirnya
Ingat lagi tak dengan kempen tak nak merokok satu waktu dulu? Apa dah jadi dengan kempen itu ye? Berbilion duit kita habis untuk menyedarkan rakyat betapa bahayanya dan ruginya tabiat merokok. Namun keberkesanannya masih tak nampak. Pewartaan tempat larangan merokok juga dah dibuat. Papan tanda amaran juga dah ditampal. Tapi kenapa masih juga tak berjaya kempen yang menelan bilionan ringgit itu? Bertambah menyayat hati bila ia semacam diperlekeh, dihina dan diejek. Orang nak ajak kepada carahidup … [Read more...]
Berjaya Aku Gagal Engkau
Terpana seketika melihat suapan berita. Buka kebanyakkan siaran di waktu perdana rata-rata bercerita perkara yang sama. Tidaklah sedap telinga yang mendengar. Tidak juga terasa hati. Lumrahnya kita memang sebegitu. Kejayaan diri biasanya dikaitkan dengan diri. Oh! Besar sungguh ujian Tuhan. Hampir setiap kejayaan disertai kegembiraan. Tak salah menonjolkan kegembiraan. Seeloknya kejayaan dikembalikan kepada Si Pemberi Kejayaan. Itulah dugaan orang berjaya. Tanpa sedar menafikan hak Pemberi … [Read more...]
Melaka, aku datang
Pelajarku Seorang Wakil Rakyat
Terkejut dengan keputusan menteri yang membenarkan pelajar universiti jadi calon untuk PRU 13 ni. Apa rasionalnya keputusan itu? Mereka nak makan pun pinjam duit PTPTN, inikan pulak nak jadi wakil rakyat. Mana mungkin? Bukan soal nak cari makan sendiri je, tapi ini soal rasional. Pelajar masih terikat dengan segala bentuk aktiviti pembelajaran universiti, tiba-tiba dibenarkan jadi calon pulak. Sehebat mana pun mereka mengurus masa, kalau terikut dengan hal politik pasti tak sempat nak belajar. … [Read more...]
Cuti lagi ke?
Hari ni hari Selasa kan? Kenapa masih banyak kereta kat garaj? Pelik juga.. Biasanya hari bekerja ni garaj dah kosong. Owh ye laaa.. Kan hari ni orang gomen dapat gaji. Siap dapat bonus lagi tu. Mesti ramai yang ambik cuti half day. Shopping baju sekolah anak-anak. Gunakan duit tu sebaiknya. Jangan boros ye. Simpan 20% dan tutup mata. Lupakan simpanan yang dah dibuat. Okes, selamat jadi orang kaya. … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- …
- 92
- Next Page »