Irama dan lagu tiadalah berpisah. Sambil duduk di anjung rumah mendengar irama lagu melayu asli dari klasik nasional, fikiranku menerawang jauh. Berbunyi sudah lori kontena, Mula bekerja di pagi hari, Termenung sendiri di hujung jendela, Teringat kekasih membawa diri. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Bergantunglah hati kepada Allah nescaya hati akan tenang. Memanglah hidup ini penuh dengan ujian yang perlu kita tempuhi. Selesaikan satu persatu walaupun susah nak ditangani. Dengan … [Read more...]
Sukarnya Mengembalikan Kepercayaan
Menanam kepercayaan sangat sukar. Kadang-kadang berpuluh tahun barulah orang percaya kepada kita. Bila sudah percaya, macam-macam perkara boleh dibuat. Sampai satu tahap kepercayaan boleh dijual beli. Kepercayaan juga boleh dimanipulasi. Merogol kepercayaan istilah yang layak diberi kepada orang tak jujur. Tak kiralah apa sahaja bidang yang diceburi, kejujuran adalah kunci kepercayaan. Sekali kepercayaan dirogol, sangat sukar nak dikembalikan. Ingatkan menanam kepercayaan itu susah, rupa-rupanya … [Read more...]
Kenapa tiada rumah?
Rumah (home) sangat penting bagi kehidupan manusia. Begitu juga dengan sesebuah blog. Tanpa butang rumah, ibarat tidak lengkap sebuah blog itu. Terlalu banyak blog yang saya kunjungi tiada butang rumah. Kenapa tak letak butang rumah? Bagi saya rumah adalah ibu segala butang. Bayangkan anda datang melalui enjen pencari ke satu artikel yang agak best. Anda pulak berminat nak tahu apa ada di muka depan. Biasalah sifat manusia kan memang macam tu. Nak tengok muka sebelum berkenalan lebih lanjut. Cari … [Read more...]
Beri Peluang Rakyat Ghaza Syahid
Sibuk sana-sini nak boikot McD. Kunun sebab untuk mengajar Israel. Sekarang dah agak senyap. NGo-NGo yang giat mempromosi Boikot Produk Israel senyap sunyi. Mungkin juga Israel sudah kalah. Sebab tu la diam. Berilah peluang rakyat Ghaza syahid. Mati mereka bukan sia-sia. Mati mereka mati yang mulia. Yelah... mati menentang kekejaman dan pencerobohan Israel kan satu jihad. Tetapi yang ni mungkin jihad yang sangat besar buat kita. Jihad memastikan mereka benar-benar mati syahid bukan mati … [Read more...]
Ambiklah Duit Aku
Banyak bantuan dan duit kerajaan beri pada rakyat. Misi utamanya untuk bantu rakyat. Bantu hadapi krisis ekonomi. Berikan duit untuk beli barang-barang kehendak. Tetapi tidaklah pulak mahu mengajar rakyat dan pemimpin berjimat cermat. Dari satu sudut ada baiknya, tapi dari sudut yang lain sangat menjengkelkan. Dari budak kecik sampai orang tua ganyot akan dapat manafaat. Orang miskin dan jutawan akan dapat manafaat. Mereka akan dapat habuan masing-masing. Yang dah dapat gelak besar, tapi yang tak … [Read more...]
Sampai Hati korang
Murid-murid, anak-anak, anak-anak sedara yang di kasihi, Saya sangat pelik macam mana korang sampai hati block mak, abah dan cikgu korang sendiri dari tengok FB korang? Perlukah berahsia dari mereka yang melahirkan, membesarkan dan mengajar kita selama ini? Apa yang cuba korang sembunyikan dari mereka? Kalau tiada apa yang salah, kenapa nak malu dan takut. Bukannya mak, abah dan cikgu nak kacau korang pun. Cuma bila ada yang terlajak menulis status yang bukan-bukan, terpaksalah ditegur. Saya juga … [Read more...]
Apalah Salah Hamba?
Cerita Awal Tahun Yang Orang Sibuk Ambil Tahu.
Masuk je 1 Januari, mesti ada keluar berita macam ni kat suratkhabar. Tak semua tapi salah satu mesti ada. Inilah cerita awal tahun yang orang sibuk nak ambik tahu. 1. Kelahiran Bayi. Masuklah para wartawan ke hospital-hospital mengintai sesiapa yang beranak. Lalu dikumpulkan dan dijadikan cerita sensasi. Empat puluh satu bayi tahun baru dilahirkan. Ini cerita dari dulu kini dan mungkin selamanya. Entah apa yang nak disibukkan dengan kelahiran anak orang pun tak tahu la. Kalau artis yang dapat … [Read more...]
Sama sahaja
Selamat Tahun Baru 2013.. Tiap-tiap tahun itulah ungkapan yang terpacul bila tiba 1 Januari. Ucapan di alam maya mahupun di alam realiti. Sama sahaja. Azam? Masing-masing menanam azam baru. Kununnya sebagai semangat bagi mengecapi kejayaan tahun berkenaan. Saban tahun itulah yang terungkap. Sama sahaja.. Hari hari mendatang pun berlalu. Isnin sampai Ahad.. tiada bezanya pun. Orang yang beriya-iya sambut tahun baru macam orang gila di Dataran Merdeka malam tadi tu apa ceritanya? Sama sahaja.. … [Read more...]
Gembira di atas musibah yang menimpa orang lain
Hujan yang turun setiap hari menyebabkan banyak bencana alam berlaku. Banjir di Terengganu dan yang terbaru runtuhan di Puncak Setiawangsa. Bencana alam yang berlaku adalah musibah bagi manusia. Ia wajib diterima dengan hati yang terbuka. Menerima ujian sebegitu sememangnya sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kesusahan yang mereka tanggung hanya Allah sahaja yang tahu. Kita yang melihat cuma mampu menghulur bantuan sekadar termampu. Menghulur bantuan kepada yang memerlukan … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- …
- 92
- Next Page »