Ragam Blogger Pra Pilihanraya, Pesanan Berguna Buat Kita
Semua orang tahu parlimen dah bubar. DUN mungkin hari ini akan dibubarkan. Maka bertebaranlah calon-calon parti politik menagih undi, mengharap simpati agar dipilih menjadi pemimpin lagi. Tidak ketinggalan juga dengan blogger-blogger tegar seantero Tanah Melayu. Macam-macam tulisan boleh kita jumpa. Kalau sebelum ini banyak cerita pasal makan-makan, shoping-shoping, traveling-traveling, kini mereka tak lepaskan peluang turut sama menempekkan entry kempen. Ideologinya yang kita tak berapa nampak … [Read more...]
Mudah ingat
Saya jumpa gambar ni di celah-celah ribuan gambar dalam facebook yang dikongsikan oleh seorang rakan. Mohon kepastian, betulkah ada kampung nama sebegitu rupa? Tak mengapa lah. Asalkan mudah diingat itu sudah cukup mengembirakan tok ketua. Lantakkan apa orang nak kata. Malu anak cucu, buang tepi. Apa yang penting hati heppi. Jauh perjalanan luas pemandangan. Setakat dua kali jelajah Melaka, saya belum berkesempatan bertemu kampung ini. Harap suatu hari nanti hajat dihati tercapai jua. … [Read more...]
Pepahat Masak Cili Api Pilihan Menu Di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai
Pedas lagi menyengat. Itu ungkapan pertama apabila pepahat masak cili api mencecah lidah. Ini kali pertama saya jumpa menu seperti itu. Tengok benda belik, mulalah nak mencuba. Pepahat rupanya macam batang pensel. Mempunyai cengkerang yang keras. Isinya lembut. Ia mungkin dari keluarga kepah cuma bentuknya je yang panjang. Pada mulanya saya tak tahu nak pilih apa nak makan. Tapi pelayan kat Medah Selera Ikan Bakar Umbai yang peramah tu tak henti-henti promote pepahat masak cili api. Rupa-rupanya … [Read more...]
Creative Picture From The River
Sepanjang tebing sungai kelang kelihatan pelbagai karya agong pelukis jalanan. Kualiti karyanya tiada siapa mampu mempertikai. Namun mereka kadangkala dianggap pengamal vendalisma. Memberi gelaran Creative Picture From The River, pada saya bukanlah sesuatu yang keterlaluan. Lukisan dua tokoh politik tanahair ini sangat-sangat mengujakan. Real, cantik dan kemas.. Mungkin itu pandangan dari mata saya seorang. Sepanjang beberapa meter di tebing sungai kelang, lebih tepat lagi kalau naik LRT di … [Read more...]
Gagal SPM nak buat apa?
Ramai pembaca hard feeling bila baca entry nasib tak baik sapa yang gagal SPM. Maklumlah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berjaya dan jadi jutawan tanpa ambik SPM pun. Betul atau tidak, entahlah.. Kalaulah benar bagai dikata, halanglah anak kalian dari ambil SPM. Mungkin pengalaman dan kejayaan kalian tanpa SPM dapat membantu anak kalian berjaya dalam hidup. Pelajar yang telah berjaya dalam SPM dah tentu tahu ke mana nak pergi selepas ini. Kalau masih di dalam dilema mungkin entry … [Read more...]
Usah kecewa berpanjangan
Alhamdulillah keputusan dua peperiksaan awam terbesar dalam hidup telah diperolehi. Murid yang berjaya, senyum sampai ke telinga, manakala murid yang gagal biasanya akan sedih. Berjaya atau gagal dalam SPM dan STPM bukanlah penentu kejayaan hidup kalian. Kat depan sana ada banyak lagi kolam dan parit yang perlu dilalui. Masing-masing punya perjalanan hidupnya sendiri. Samada kolam dan parit yang bakal dilalui itu penuh dengan kaca pecah atau telah tersedia di dalamnya sebuah perahu untuk kalian … [Read more...]
Tutorial Berpindah Hosting (Tanpa Gambar)
Baru-baru ni, blog saya mengalami masalah kritikal. Puncanya server selalu down. Setiap kali down mau dua tiga jam. Ada kalanya lebih 8 jam. Sapa yang tahan. Walaupun belum habis tempoh iaitu bulan 12 tahun ni, saya tekadkan hati untuk pindah juga. Disebabkan kes ini, saya terpaksa menolak tawaran beberapa pihak yang ingin meletakkan advetorial di sini. Rugi kan? Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Silap langkah dalam pemilihan hosting, membawa padah yang besar buat kita. Alhamdulillah, … [Read more...]
Sejarah Cuma Sebuah Persepsi?
Macam mana saya nak terangkan teori ni ye. Tapi, itulah yang tengah bermain-main dalam fikiran saya. Sejarah ni cerita lama. Cerita yang disampaikan secara lisan mahupun bertulis. Kebenarannya bergantung kepada si pembawa cerita. Kalau manusia yang membawa cerita sudah tentu ia lebih terdedah kepada persepsi. Adakah sejarah cuma sebuah persepsi? Persepsi setiap orang yang mengalami peristiwa yang menjadi sejarah tersebut mungkin berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Mungkin juga sejarah … [Read more...]
Sabar Bukan Ungkapan Menenangkan
"Sabarlah.. itu semua ujian. Ada hikmah benda ni terjadi" Pernah tak kita memberi kata-kata "semangat" macam ni kepada sahabat yang ditimpa musibah? Ataupun pernahkah kita diberi kata-kata "nasihat" macam tu? Terus terang saya katakan, itu bukan kata-kata yang sesuai untuk orang yang kena musibah. Silap haribulan dapat maki nanti."Tak kena batang hidung Hang, boleh la cakap". Kan tak pasal-pasal kena smash. Orang yang ditimpa musibah hatinya sedih. Fikirannya menerawang jauh. Perasaan bercampur … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- …
- 92
- Next Page »