Hari ini Google telah meletakkan satu gambar yang agak pelik di ruang cariannya. Siapa agaknya orang itu? Ada yang kesah, Aiman je tak kesah. Saya tercari-cari di Google. Oh rupanya beliau seorang pelukis terkenal dari Belanda. Beliau diabadikan dalam laman carian Google sempena hari kelahiran yang ke 407. Orang dimaksudkan ialah Rembrandt van Rijn kelahiran Leyden, Belanda adalah seorang pelukis yang terkenal. Dunia mengiktiraf beliau adalah seorang pelukis berkebolehan. Rembrandt telah … [Read more...]
11 Bulan Cukup Untuk Menjadikan Manusia Saudaranya
Walaupun kaki tangan terikat, namun hatinya senang. Melihat gelagat manusia saban petang menjinjing makanan kiri dan kanan. Yang akhirnya ke tong sampah jua dibuang. Kepada yang beringat nak jimat, tahniah kerana anda membuat syaitan bengang. 11 bulan memang cukup untuk mentarbiah manusia. Lepas itu sebulan tanpanya pun manusia mampu melaksanakan tugasan dengan selesa. Malahan lebih baik lagi. Tak payah disuruh, tak payah dibisik. Melaksana segalanya dengan rela. Gembiranya syaitan melihat … [Read more...]
Apapun Tanggapan Kita Kepada Dia, Percayalah…
Bulan Ramadhan adalah bulan paling dituntut untuk bersedekah. Sehari seringgit pun tak apa. Atas jalan sambil kita drive pun boleh bersedekah. Sudah semakin ramai peminta sedekah berkeliaran. Manusia yang melihat peminta sedekah sekurang-kurangnya ada empat tanggapan. Takde kerja lain nak buat ke? Asik meminta-minta je. Tengok orangnya cukup sifat. Ini mesti kerja sendiket. Baik aku buat bodo je. Kalau bagi duit pun orang lain yang untung. Mana la anak beranak orang ni? Kesian dia, takkan … [Read more...]
Hayati Sejarah Cameron Highlands di Time Tunnel
Time Tunnel ni pernah masuk TV. So kami excited nak masuk. Dua-tiga kunjungan ke Cameron Highlands sebelum tiada kesempatan. Apa yang menarik sangat? Galeri ini mempamerkan barangan lama Tanah Melayu khususnya di Cameron Highlands. Ada juga dipamerkan keratan akhbar kesah Cameron Highlands dan barangan antik digunakan sekitar penempatan itu. Apa lagi, layan dulu la gambar-gambar yang ada. Owh ya. Galeri ini dibuka setiap hari. Bayaran masuk cuma RM5. Selamat bercuti dan mencari … [Read more...]
Saat Aku Diuji, Sabarlah Wahai Hati
Terasa sukarnya untuk bangkit dan merawat hati. Sedih, pilu dan luluh. Terasa sangat diri tidak berharga lagi. Berat.. Berat sungguh ujian ini. Tak ada la nak merintih bagai, cuma terpaksa juga diluahkan apa yang terpendam. Bisikan-bisikan syaitan sangat halus. Kenapa engkau masih teruskan perjuangan ini? Tetapi bila difikirkan semula, kita kan ada Allah yang memberi Rahmat. Sekelip mata Dia boleh mengubah segala-galanya. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan … [Read more...]
Tahun Ini Tak Boleh Beli Biskut Raya
Nah tu dia. Sekali mengemas rupanya banyak lagi biskut raya tahun lepas yang tak habis. Confirm la dah tak boleh dimakan. Tak ke membazir namanya tu? Rasa serik pulak nak beli kuih raya lagi tahun ni. Saya mungkin la boleh.. Tapi housemate saya sorang lagi tu boleh ke? "Tahun ni tak payah beli biskut raya". Bebelan itu yang terpaks mywife dengar setiap hari sampai la raya tahun 2013. Nak buat macam mana, kalau tak diingatkan nanti jadi lagi. Sabo je la.. … [Read more...]
Lima Perkara Yang Meletihkan Blogger
Setelah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, saya dapati hampir seluruh kehidupan blogger ini amat memenatkan. Rutin hidup seorang blogger sangat memenatkan. Tapi disebalik kepenatan itu wujud satu kepuasan yang tak siapa dapat rasai kecuali blogger itu sendiri. Apa yang meletihkan sangat tu? 1. Blogwalking Aktiviti ini memang memenatkan. Walaupun tak guna kaki untuk berjalan beratus batu, namun blogwalking diakui oleh semua blogger suatu perkara yang memenatkan. Ada sesiapa yang rasa … [Read more...]
Empat Amalan Baik Di Bulan Ramadhan
Rancang amalan apa yang nak dibuat di bulan Ramadhan. Itu pesan seorang ustaz kepada saya. Sambung beliau lagi " tak ramai orang yang merancang beramal di bulan Ramadhan, rancang nak cari duit untuk raya memang ramai". Terpukul kejap saya saat itu. Lihat aje la usahawan-usahawan yang berniaga. Rancangan cukup rapi di bulan Ramadhan ini. Tujuannya bukan untuk mendapat ganjaran besar bulan Ramadhan, tetapi cumalah semata-mata mencari duit raya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kita lebih … [Read more...]
Kenapa Jeneral Akismet Kena Pecat?
Makin menjadi-jadi pulak spammer dari Jepun ni menyerang. Nak salahkan diri sendiri memang takde la. Senang cerita, senang kerja Jeneral Akismet dipersalahkan. Dah la lembab, musuh macam tu pun boleh terlepas. Langkah drastik saya buat. Hantar notis pemecatan Jeneral Akismet. Nyah kau dari sini. Ramai lagi boleh buat kerja menyekat penceroboh dari masuk ke sini. Semalam jugak saya interview Jeneral baru. Lepas baca satu dua review dan testimoni dari Rakan Blogger, saya ambil keputusan melantik … [Read more...]
Persediaan Sebelum Menyambut Ramadhan
Hari ini dah 18 Syaaban. Maknanya tinggal lebih kurang 12 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan. Bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh orang beriman. Ulamak-ulamak terdahulu, enam bulan sebelum Ramadhan dah start berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan. Hebat cinta mereka kepada Ramadhan. Zaman sekarang ni jarang orang nak sambut Ramadhan. Ada yang lagi hebat tu, enam bulan sebelum Ramadhan dah berkira-kira nak sambut Syawal. Bila cakap pasal persediaan, semestinya ia bertujuan. Nanti … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- …
- 92
- Next Page »