Tensionlah jugak bila sana-sini muncul lebihan lemak. Badan pun mula rasa cepat penat. Mungkin usia semakin meningkat. Perkembangan badan juga semakin menjadi-jadi. Ada yang kata gemuk ini adalah ukuran kebahagiaan. Tengok je la siapa yang dah kahwin, mesti badan naik. Naik badan tu dah komfirm kan.. Hehehe. Tapi bila ukurlilit pinggang, peha, leher juga membesar siapa yang suka? Kesian kat baju.. Tak pasal-pasal kena buang. Cuba kita kira BMI sendiri. Nak senang pegi je pasaraya. Ada penimbang … [Read more...]
Hot Spring Sungai Klah
Cuti sekolah datang lagi. MyWife bercuti, saya pun ambik cuti. Minggu lepas saya pegi ke Hot Springs Sungai Klah. Ia terletak di Felda Sungai Klah, daerah Sungkai Perak. Kalau drive dari Kuala Lumpur lebih kurang 2 jam perjalanan. Dari highway utara selatan tu, saya ambik exit Slim River. Keluar je simpang ambik simpang ke kanan. Terus ikut signboard. Memang senang nak sampai ke Sini. Baiknya kerajaan dah sediakan kemudahan macam tu. Jangan terkejut dan patah balik pulak kalau jalan yang dilalui … [Read more...]
Blog Mati Tanpa Update
Blog tanpa update apakah maknanya? Laman web profile syarikat mungkin ya.. Setahun sekali baru nak update. Bila kita lawat, tarikh terakhir bulan Januari 2011. Mak ai.. lamanya. Mungkin itu yang akan terjadi bila mod blogging kita menurun. Bagi blogger sepenuh masa mungkin tak jadi masalah ni. Mungkin je.. Kesibukkan bekerja kadang-kadang membataskan aktiviti berblog. Menulis adalah nadi dalam berblogging. Tanpa tulisan apakah maknanya? Tapi tu la kadang-kadang kita ni sibuk memanjang. Nak … [Read more...]
Bicara Soal Hati
Seminggu dua ni ramai blogger yang kacak-kacak dan jelita-jelita bicara soal hati. Entahlah sapa pembawa wabak soal hati tu. Tak dapat pulak dipastikan. Dah jadi macam satu sesi berbalas pantun pulak. Sipulan menjual, sipulanah menjawab. Tak apalah. Saya sekadar memerhati. Nak membeli tiadalah akan idea yang menjelma. Bicara tentang hati dan perasaan seringkali membuatkan ada hati yang terusik. Emosi yang tak dapat dikawal boleh memakan diri. Sekali terlepas bicara, tersilap perhitungan tak … [Read more...]
Bila Kompang Berbunyi
Musim cuti sekolah sudah bermula. Masa ni lah ramai orang buat majlis kahwin. Sana majlis, sini majlis. Tak menang tangan nak melayan satu-satu. Corak majlis dah berubah. Ada yang ambik kesempatan buat majlis waktu cuti sekolah. Tak kurang juga yang buat majlis bukan waktu puncak iaitu waktu bukan cuti sekolah. Selesa sikit la kita nak datang. Bagi yang buat majlis di luar waktu puncak, dapat jimat sikit dekat belanja. Waktu tu harga pun tak terlalu tinggi. Alhamdulillah majlis di rumah saya dua … [Read more...]
Ini Pun Kerja Juga
Ini pun kerja juga. Walaupun bukan di sekolah tapi ianya halal. Semenjak pengambilan guru tersekat inilah yang saya lakukan. Habis je latihan mengajar hari tu saya masih belum posting. Sabar menanti. Khabarnya ia dibuat berperingkat-peringkat. Sekarang ni graduan ISMP Institut Pendidikan Guru baru je dapat posting. Next lepasan IPTA pulak. IPTS tak tau apa cerita. Inilah cerita kerja... Walaupun kerja ini nampak bahaya, syukur dipanjatkan. Mujur masa Diploma hari tu ambik kejuruteraan … [Read more...]
Cara Mudah Buat Backup Blog
Seminggu dua ni agak penat melayan kerenah hackers yang tak jemu menggodam server. Sedikit sebanyak blog ini kena tempiasnya. Blog ini down beberapa hari. Sekali lagi backup menjadi penyelamat. Terima kasih juga kepada Sealserver Team yang bertungkus lumus menolong. Akibatnya sitelink telah ditarik balik oleh google. Ternyata peristiwa ngeri itu banyak mengajar kita erti berblogging. Peristiwa itu juga menjadikan saya tahu macam mana nak reset password blog wordpress melalui phpmyadmin dan juga … [Read more...]
Tuhan Sedang Menguji Kita
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Cintailah seadanya. Bencilah sewajarnya.. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Lautan mana yang tidak dilanda gelora. Macam tu la kehidupan kita. Sering dilanda ujian. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk kesukaan, kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang paling kita benci. Allah tidak menimpakan sesuatu ujian kalau kita tidak mampu menghadapinya. Kisah motivasi … [Read more...]
Pertandingan Burung Merbah Jambul
Ahad lepas berdekatan dengan rumah saya ada satu pertandingan burung merbah jambul. Lebih kurang 150 orang turut serta dalam pertandingan tu. Ingatkan yang dipertandingkan tu kecantikannya, tapi yang dipertandingkan tu bunyinya. Saya pelik dan kagum sebab pada saya bunyi burung tu sama je. Burung merbah jambul memang cantik. Para peminatnya sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memilikinya. Seekor burung berharga di antara RM100 hinggalah ke ribuan ringgit. Itulah maklumat yang saya dapat … [Read more...]
Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
Semalam balik kampung di Pahang jenguk mak. Sampai je kampung terus cari ikan fresh. Hajat di hati nak makan ikan talapia bakar. Kebetulan ikan talapia dah habis. Cuma ikan patin je yang tinggal. Ambik seekor... Walau tak pernah cuba masak ikan patin, tapi mak kan ada, isteri saya kata la. :) Sampai rumah terus bersiang. Cuci bersih-bersih. Bau hanyir ikan sungai melekat di tangan. Mak kata kalau nak cover bau hanyir tu, masaklah gulai tempoyak. Resepi mudah ni memang cukup mudah. Orang yang tak … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- …
- 68
- Next Page »