Hampir tiga tahun saya menggunakan P1. Sepanjang menggunakannya banyak ragam dan kenangan bersama P1 telah saya lalui. Akhirnya kesabaran tidak dapat dipertahankan. Memendam perasaan selama 3 tahun membuktikan saya seorang yang setia. Kesetiaan itu akhirnya ternoda juga. Bayangkan selama 3 tahun, signal terbaik dapat dicapai hanya dua bar. Siap bertukar modem lagi sebab technician P1 kata modem saya bermasalah. Itu tak termasuk dengan pelbagai troubleshoot bagi mendapatkan signal terbaik. Namun … [Read more...]
Semua anggota badan nak bercakap
Susah juga kalau tak paham bahasa asing terutamanya bahasa inggeris kan? Tapi ada juga manusia yang sanggup ke negara orang tanpa sedikit pun mereka faham bahasa negara tersebut. Subhanallah.. Semalam masa naik LRT, saya didatangi oleh seorang pak arab. Gayanya macam nak bertanya sesuatu. Dia datang dekat, menghulur tangan lalu memberi salam. Saya sambut salamnya. Alhamdulillah, gugur dosa dan terjalin persahabatan. Mulutnya terkumat kamit menuturkan sesuatu. Saya kurang jelas. Lalu dia … [Read more...]
Kurang dan Lebih
Kurang dan lebih atau lebih kurang? Ada banyak yang nak dikongsikan dengan kurang dan lebih ni. [info] Kurangkan cakap, lebihkan kerja. Kurangkan tidur, lebihkan berjaga malam (beribadah) Kurangkan makan, lebihkan bersenam. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manisan dalam senyuman. Kurangkan komplen, lebihkan teguran membina. Kurangkan perbelanjaan, tingkatkan pendapatan. Kurangkan birokrasi, lebihkan toleransi. Kurangkan berimiginasi, lebihkan realiti. Kurangkan musuh, ramaikan … [Read more...]
Sapa lagi risau?
Esok merupakan hari pertama peperiksaan UPSR di seluruh Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger yang anaknya akan ambil exam esok, didoakan semoga tenang dan dapat jawab semua soalan yang diberikan dengan betul. Kepada ibubapa yang beragama Islam, saya sarankan agar kalian berpuasa sunat sepanjang anak- anak ambil exam. Doa orang yang berpuasa sangat mustajab tambahan pulak doa dari ibubapa. Itulah yang sebaiknya. Ikhlas dan khusyu' memohon pertolongan dari Yang Esa. Usah harapkan orang lain untuk … [Read more...]
Untukmu Cikgu
Entri ni ditujukan khas buat warga pendidik...satu kisah yang diceritakan oleh isteri. Macam biasa la, bila ambil isteri balik keje, sepanjang perjalanan balik ke rumah tu, saya akan dengar celoteh dari dia tentang ragam murid mahupun guru pada hari tu. Ada yang best, ada yang lucu, nak marah, nak membebel ke, kurang puas hati dan 1001 macam rasa lah. Hari ni kisahnya pasal register atau rekod kedatangan/ maklumat murid. Semua guru sedia maklum,bahawa rekod tersebut mestilah dipulangkan dan … [Read more...]
Hujung Minggu Yang Memenatkan
Lazimnya masa ni la saya menghabiskan masa dengan berehat, membaca, beriadah, dan berpicnic bersama keluarga sebelum kembali mengadap kerja pada minggu baru.Tapi Ahad kali ni lain sikit aktivitinya. Hari ni merupakan hari yang sangat penat. Mana taknya, dari pagi lepas sarapan terus kemas rumah, mengelap, mengemop, memasak dan mendobi. Kemudian bermula jam 12.40 tengahari sampai la jam 6.30 petang duk uruskan hal berkaitan baju. Yang paling penat bab nak iron dan lipat baju la. Rasanya macam nak … [Read more...]
Raya di kejiranan kami
Ini aktiviti kejiranan kami setiap tahun. Pihak badan kebajikan perumahan akan buat padang terbuka sempena hari raya bagi merapatkan ukhwah sesama penduduk. Saya cuma duduk di rumah burung merpati. Sesekali ada majlis macam ni memang sangat meriah. Alhamdulillah dapat berkenal-kenalan dengan penduduk dari blok lain. Tahun ini kami bermula lepas solat Isyak sampai pukul 1130 malam. Tahun-tahun sebelum ni biasanya buat lepas sembahyang raya. Tapi entah macam mana tahun ni ramai pulak yang balik … [Read more...]
Kek percuma dari Pistachios
Balik keje,tiba-tiba terasa teringin nak makan kek span pandan. Destinasi yang biasa saya tuju ialah ke Pistachios...Hmmm, dah ada kat sini bukan kek span je yang rasa ngidam nak makan, semua roti dan kek diorang ni nampak menyelerakan. Mula la penyakit 'alam separa sedar' ni muncul. Tengok roti swiss tuna,macam terdengar- dengar je roti tu merayu agar saya bawa dia bersama. Adussss...bila tengok roti portugal egg, suara tu makin kuat lak menggoda saya..hehehe, sudahnya, amek kaw.... semua yg … [Read more...]
Sejauh mana kita sanggup ditegur
Pernah tak korang kena tegur? Mesti down giler kan bila orang tegur. Lebih-lebih lagi bos yang tegur. Rasa diri ini tak berguna langsung. Orang yang bermotivasi tinggi akan merasa bersyukur bila ditegur. Apa yang kita buat tak semestinya betul. Teguran sebenarnya menjadikan kita lebih baik. Tu pun kalau kita boleh terima dengan hati terbuka. Kebanyakkan dari kita susah nak terima teguran. Kita patut rasa bertuah dan berterima kasih kepada orang yang sanggup menegur kita. Kadang-kadang kita tidak … [Read more...]
1ST Giveaways BudakFelda.Com : Bereksperimen
Dunia blogging tanah air digemparkan lagi dengan Giveaway. Semakin murah rezeki para blogger kita. Ilmu yang ada kalau tak dipraktikkan dah tentu berkarat lalu luput ditelan masa. Samalah dengan ilmu berblog, semakin kita tinggalkan semakin ia hilang dari ingatan. Menaikkan rangking adalah tujuan utama 1st Giveaway Budakfelda.Com. Melalui edisi siasat yang beliau lakukan, giveaway ini mungkin akan memperbaiki lagi rangking alexa blog budakfelda.com. Yeahh... ini satu eksperimen berani mati. … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- …
- 68
- Next Page »