Alhamdulillah keputusan dua peperiksaan awam terbesar dalam hidup telah diperolehi. Murid yang berjaya, senyum sampai ke telinga, manakala murid yang gagal biasanya akan sedih. Berjaya atau gagal dalam SPM dan STPM bukanlah penentu kejayaan hidup kalian. Kat depan sana ada banyak lagi kolam dan parit yang perlu dilalui. Masing-masing punya perjalanan hidupnya sendiri. Samada kolam dan parit yang bakal dilalui itu penuh dengan kaca pecah atau telah tersedia di dalamnya sebuah perahu untuk kalian … [Read more...]
Tutorial Berpindah Hosting (Tanpa Gambar)
Baru-baru ni, blog saya mengalami masalah kritikal. Puncanya server selalu down. Setiap kali down mau dua tiga jam. Ada kalanya lebih 8 jam. Sapa yang tahan. Walaupun belum habis tempoh iaitu bulan 12 tahun ni, saya tekadkan hati untuk pindah juga. Disebabkan kes ini, saya terpaksa menolak tawaran beberapa pihak yang ingin meletakkan advetorial di sini. Rugi kan? Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Silap langkah dalam pemilihan hosting, membawa padah yang besar buat kita. Alhamdulillah, … [Read more...]
Sejarah Cuma Sebuah Persepsi?
Macam mana saya nak terangkan teori ni ye. Tapi, itulah yang tengah bermain-main dalam fikiran saya. Sejarah ni cerita lama. Cerita yang disampaikan secara lisan mahupun bertulis. Kebenarannya bergantung kepada si pembawa cerita. Kalau manusia yang membawa cerita sudah tentu ia lebih terdedah kepada persepsi. Adakah sejarah cuma sebuah persepsi? Persepsi setiap orang yang mengalami peristiwa yang menjadi sejarah tersebut mungkin berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Mungkin juga sejarah … [Read more...]
Sabar Bukan Ungkapan Menenangkan
"Sabarlah.. itu semua ujian. Ada hikmah benda ni terjadi" Pernah tak kita memberi kata-kata "semangat" macam ni kepada sahabat yang ditimpa musibah? Ataupun pernahkah kita diberi kata-kata "nasihat" macam tu? Terus terang saya katakan, itu bukan kata-kata yang sesuai untuk orang yang kena musibah. Silap haribulan dapat maki nanti."Tak kena batang hidung Hang, boleh la cakap". Kan tak pasal-pasal kena smash. Orang yang ditimpa musibah hatinya sedih. Fikirannya menerawang jauh. Perasaan bercampur … [Read more...]
Buku pengurusan kewangan yang patut dibaca
Saya bukanlah seorang pakar ekonomi. Hutang pun banyak, gaji pun hanya cukup untuk diri dan keluarga. Tapi saya nak juga cerita pasal pengurusan kewangan. Bukannya apa, saya takut lupa je apa yang saya dapat grab dari siri ceramah motivasi pagi oleh Pn Hajjah Rohani di KLFM setiap Selasa pagi. Anda Tidak Pernah Cukup Wang? Barangkali anda perlu pertimbangkan soal berkat. Semak-semak poket sendiri. Adakah itu yang kita alami setiap bulan. Bekerja siang dan malam bagai nak terkeluar bijik mata, … [Read more...]
Lombong Bijih Timah di Sungai Lembing Tarikan Pelancong ke Pahang
Saya berkesempatan menjadi orang terawal yang dapat melawat terowong bijih timah di Sg Lembing, Pahang yang baru dibuka untuk pengunjung. Lombong bijih timah ke terowong bijih timah? Haha. Biasa kita dengar lombong bijih timah tapi yang ni betul-betul dalam terowong. Terowong ni baru je lagi dibuka setelah ditamatkan operasinya puluhan tahun yang lalu dan sekarang ni masih dalam tempoh promosi sebagai tempat bersejarah. So, harga pun harga promosi lagi la. RM15 seorang. Harga normal nanti … [Read more...]
Reason ke Listen?
Semua manusia diberi tempoh masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Tapi masih ramai yang menjadikan masa sebagai alasan untuk mengelak dari melakukan sesuatu. Sebenarnya, bukan salah masa tapi salah urus masa dan alasan yang paling utama ialah tidak minat untuk melakukan perkara tersebut. Sebab tu, pepatah mengatakan " Nak seribu daya, tak nak 1000 dalih" dan " Orang Rajin Mencari Jalan, Orang Malas Mencari Alasan" dan lagi.... Pepatah sendiri pulak menyebut " kalau dah asyik cari alasan je, memang … [Read more...]
Gearbox
Sesak, Jem, Jauh Tak Menghalang Kami Bersantai Di Cameron Highlands
Minggu ni turn isteri bersantai pulak. Cameron Highlands adalah pilihan dia. Walaupun dah kerap naik ke sini, tapi tak pernah jemu. Alasannya, nak ubah suasana ~tenang dan sunyi. Nak lari dari tekanan kerja yang tak berkesudahan. Walaupun perjalanan yang jauh dan sesak, tetap juga nak ke sana. Hari minggu sekarang jalan Cameron Highlands akan sesak sebelum dan selepas Pekan Brinchang. Boleh dikatakan tak kira waktu la. Pagi ke, petang ke, malam ke, sentiasa je sesak. Ketenangan hanya akan … [Read more...]
Sudah Gondol
Bukit cenoet itu sudah gondol. Dulu masa ada pokok kayu kayan sejuk mata memandang. Sekarang mata silau umpama melihat kepala yang botak licin. Apalah salahnya dibiarkan berpokok. Ia tak kacau sesiapa pun. Lagipun bukit sekecil itu bukan boleh buat apa-apa bangunan pun. Bukit tempat tiang pencawang elektrik ni tak bersalah! p/s: cintai alam sekitar. … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- …
- 68
- Next Page »