Masa berjalan dengan agak pantas. Saya menanti kehadiran gadjet idaman sejak dua tahun yang lalu. Dari iPhone generasi pertama sampailah iPhone generasi terbaru iPhone 5, saya masih sabar menanti. Kekangan kewangan membuatkan segala keinginan dipendam didalam hati.
Dalam kalangan rakan-rakan yang gilakan gadjet, macam-macam mereka bercerita. Blog kawan-kawan yang bernichekan gadjet, macam-macam mereka sajikan. A berkata ” tengok, ni iphone terbaru, aku baru dapat dari Singapore, kat Malaysia belum sampai lagi”. B pulak mencelah ” S2 aku ni pun baru pakai seminggu, rasa macam nak tukar la dengan S3. Dengar cerita S3 lagi power”.
Teruja dengan cerita kawan-kawan, saya bertekad ingin memilikinya satu hari nanti. Satu hari nanti yang entah bila?
Kadang-kadang saya menjadi hairan dengan diri sendiri. Kenapa perasaan ingin memiliki itu semakin meluap-luap, sedangkan telefon Nokia E5 saya masih boleh digunakan lagi? Cuma kadang-kadang dia mati dan hidup semula tanpa dipinta. Panggilan masuk kadang-kadang terputus secara tiba-tiba. Lebih malang lagi panggilan masuk berhari-hari tak dapat dibuat oleh rakan sekerja, lalu sms dari celcom mengatakan ada panggilan rindu dari mereka.
Namun begitu, semakin disimpan perasaan ingin memiliki, semakin menjadikan saya insan yang sangat kedekut mengeluarkan sejumlah duit untuk memiliki gadjet mahal itu. Benarlah kata orang cerdik pandai. Tunggu dulu sebelum membeli. Tempoh bertenang sangat diperlukan sebelum melakukan apa-apa pembelian. Bagi saya setelah difikir dan ditimbang tara, itu hanyalah satu kemahuan.
Nak kata teruja sangat pun tidak juga. Buktinya kesabaran menanti bertahun-tahun tidak menjadikan saya cacat. Tidak sedikit pun kehidupan terjejas tanpa iPhone. Semoga perasaan ini kekal begitu.
Sabarnya la cikgu ni…
Tapi kalau telefon tu dah tak berfungsi sbg telefon,selayaknya la tukar yang baru. Gadjet2 ni sebenarnya memang bukan keperluan sangat pun,tetapi lebih kepada kemahuan kononnya nak up to date la. Apa2 pun,perlu diingat, ukur baju di badan sendiri,sebelum beli intai poket dulu.
Poket tinggal serdak je.
kalau mahu dan mampu, memang boleh beli iPhone 5 ni
Mahu tu dah ada, tapi yg mampu tu belum ada. Heheh
emmm iphone.. emmm.. leeza pun tak sure nk rekeman beli or tak. haaaaa.. tp iphone ni boleh tahan lasak juga lah… haaaaaaaaaa
Mesti leeza dah guna kan?
Sebuah pemikiran yang bijaksana mas bro, akupun sekarang juga lagi usaha untuk beli gadget impianku tapi nanti kalau dah dapat penghasilan lewat online..
happy blogging ..
Usaha, insyallah akan berhasil satu hari nanti mas.
kdg2 smartphone ni byk gak membantu..hanya perlu guna 100% keupayaan hp tersebut.. 🙂
Kalau tidak diperlukan, rasanya tak perlu lebih2 lagi kalau nak ikut orang sekeliling. Dugaan semua tu. 🙂
😀 Selagi boleh tahan… tahan jer la.
emm bagus betul kan cikgu bab berjimat..untung cikgu ada perasaan mcm ni..
hp aku hanya untuk buat panggilan + terima panggilan je
sms pun jarang2
rasanya tak perlukan hp canggih
kalo dah gitu nazaknya E5 cikgu tu,mmg patut ditukar baru tuh. X dpt samsung atau apple, beli nokia jugak pun xpe..janji tidak la mendtgkan masalah buat cikgu
pakai apa pun..diam diam sudah
mcm pelik pula org nak berbalah bab smartphone
benda tu bkn harta benda yang nak ditayang2 kt orang
Mahal iPhone 5 tu. Yang refurbish murah sikit. Tak pun kita tukar jer henset kita ni. Bakmai Samsung cikgu tu. Cikgu ambik iPhone 4 ni. Hehehe…